Monday, May 2, 2011

journey to the west?? gila kau fiqrun

tarikh : tak ingat,30april kot
lokasi : malaysia lah
motif : entah la..saje2 kot

7.15 pagi – sampai ke rumah along untuk tukar kereta..”kau ni pehal lambat,cakap kol7 ni dah 7 suku,aku nk keje ni,lambat” ceh awal-awal pagi dah kena sound =.=
7.30 pagi – fast n furious versi malaysia! >.<
9.00 pagi – tepat aku sampai haha..sarul call “aku sesat,tunggu aku” =..= ceruk mana kau pergi wahai sarul...
9.45 pagi – bermula sesi membosankan..menuggu giliran ditemuduga..88? owh man..nombor yang cukup cantik lagi menawan..nasib la ramai kawan aku..tak de la bosan aku nak tunggu giliran..berjam-jam menuggu ni....
12.45 (kot la,aku xingat sangat) – turn kami,yes! Soalan pown mengarut je..betul ke ni temuduga untuk law? Tak de soalan law pown.. ah lantak la..bedal saje cakap,janji dia faham apa aku cakap hehe
1.20 petang – “jom cyberjaya” .. ”jauh tak?” .. ”jauh gak la..” .. ”tak kesah la,jom aku follow kau”
Bermula la perjalanan sesat yang aku pun tak tau kemana sarul nak bawa aku..kau ni waras tak sarul..kata cyberjaya,tapi dah lepas ni..kau nak jual aku ke ni???
3.15 petang – damn..dia bawa aku ke shah alam rupanya haha..hampeh kau sarul,tak cakap awal-awal
Melepak sebentar bersama rumate tersayang
5.45 petang – perjalanan pulang yang sungguh ‘menarik’..jem nak mati! Rase nak mati aku drive slow gila..benci betul aku dengan jem..buat aku mengantuk je..nasib aku tak tido dalam kereta tu..kenapa la semua orang nak naik kereta..naik la flight,k nada e-ticketing..*bru kena soal ng soalan tu*..bertapa lah aku dalam kereta berjam-jam..nasib ada roti,boleh la gak aku makan haha
9.00 malam – setelah tukar kereta dan segala bagai semua..rumah jua menanti aku..Perjalanan yang lambat 1jam setengah..sabar je lah..PLUS kena buat highway atas angin la..nak elakkan jem kn..

Monday, April 25, 2011

Luaran Tak Mencorakkan Dalaman

Kenapa manusia selalu sangat befikiran negatif?
Selalu sangat cepat buat konklusi tentang diri orang lain,
Bila nampak lelaki dikelilingi ramai perempuan dikatanya playboy
Bila orang tak tegur, dikatanya sombong
Bila buat silap sikit dikatanya nakal,jahat..
Don’t judge the book by it cover
Kita diberi akal untuk berfikir,
Apa salahnya gunakan akal untuk menilai orang lain,
Bukan semua lelaki yang dikelilingi perempuan itu playboy,
Mungkin itu rakan rapat dia,
Bukan semua orang yang tak tegur tu sombong,
Dah kalau baru je berjumpa, takkan nak terhegeh-hegeh,
Slow-slow la kalau nak kenal pun,
Bukan semua yang buat silap tu orang jahat,
Manusia kan boleh berubah, alangkan saidina umar pun boleh berubah dari begis ke lemah lembut,
Kita ni tahu kondem orang je kan,
Cuba la kita selami hati orang yang kita buat macam tu,
Tak pun kita jadi mangsa , agaknya macamana perasaan kita?
Jangan persoalkan aku, sebab aku dah selalu kena,
Tapi bagi aku biar lah, mulut orang memang macam tu
Tapi aku tak nak la orang selalu sangat berfikiran negatif
Berfikiran negatif ni sama je dengan bersangka buruk,
Bukankah berdosa untuk bersangka buruk tentang orang lain,
Cuba positifkan fikiran, positifkan pandangan dan nilai terhadap orang lain
Kita ada akal yang boleh berfikir,
Apa gunanya anugerah kalau tak digunakan dengan sebaiknya,
Positifkan fikiran anda, selami hati budi orang tu dulu
Bila dah kenal, dah faham, dah selesa
Baru lah nilai diri dia, sama ada begitu atau begini
‘luaran tak mencorakkan dalaman’

Friday, April 22, 2011

Teman tak diundang

Aku tahu kau selalu tamankan aku
TAPI aku tak jemput
Aku tahu kau selalu disisiku
TAPI aku tak ingin
Aku tahu kau selalu ‘nasihatkan’ aku
TAPI aku tak mahu ikut
Aku tahu kau selalu goda aku
TAPI aku tak nak ternoda
Aku tahu kau sayang aku sebab kau selalu dekat dengan aku
TAPI ada aku kisah?
Kau selalu nak aku ikut kau
TAPI jalan kau 100% salah
Sudah lah syaitan
Aku tahu kau nak sesatkan anak adam
Tapi aku ada DOA sebagai senjata
Selagi aku ingat dia, melekat senjata disisi
Nyah kau dari aku

Tuesday, April 19, 2011

BECAUSE SHE'S NOT YOU!!!

Looking for myself

Tersedar dari lamunan,aku berdiri di kesendatan manusia
Berjuta ragam bermain di depan mata
macam wayang kulit
belangkas berpelukan, bercumbuan, berpegangan tangan
segelintir sedang sibuk mencari sesuap nasi tanpa hirau 5waktu
si laknat pula minum sambil berjudi
si model yang kononnya cantik sedang memperagakan badan
si pemuas nafsu sedang menjual tubuh
ini hanya segelintir, aku tak sanggup lihat *pejam mata*
aku tak mahu jadi begitu..
*ku buka mata, terasa tenang..*
suasana enak seakan akan halwa mata
manusia solat, mengaji, berdoa
bekerja, tetapi menunaikan yang 5
tatacara segalanya teratur
tiada sentuhan kemaksiatan
tiada si laknat berkeliaran
segalanya terpelihara
*bayangan hilang, sekitarku putih, tersedar dari lamunan*
Ya, itulah yang aku cari
Diriku sebenar yang umpama halwa mata
selama ini tersembunyi di dalam ini..
terima kasih kerana menyuluhku..

Thursday, April 14, 2011

dunia

Tersadai tak bermaya
Bila diri dimanipulasikan dunia
Metamorfosis yang berlaku sejak dahulu kala
Solusinya merbahaya
Mangsanya pastilah generasi kita
Salah siapa?
Merekalah puncanya
Salah mereka yang tamakkan kuasa
Ini adalah taktik mereka
Taktik melancarkan perang saraf sini dan sana
Apa sebabnya?
Mahu menjadi penguasa dan maharaja
Menguasai dunia dengan satu ketua
Sudahlah,hentikan sebelum ada yang menggila
Kasihanilah generasi kita
Bangkitlah anak muda
Revolusikan hak kita sebagai pewaris masa

Algojo

Bila Kekalutan mula menular ke dalam sanubari ini
Sesungguhnya ada 73 pintu yang membawa kepada 73 jalan
Yang mana satu perlu ku masuki?
Kerana hanya satu jalan sebenar-benar yang benar
Beribu ribu kepalsuan bermain di anak mata
Adakah aku kan terpesona jua?
aku hanya tinggal tujuh nafas sahaja lagi
Wahai sang algojo,nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Cuba lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu perluku pilih
Dalam kalut ada peraturan
Tetapi peraturan ini yang mencipta kekalutan
Walau Dimana jua ku berdiri
Akhirnya terserlah jua jalan itu
Satu jalan menghala ke mahligai
Dengan satu kata kunci yang perlu kulafazkan
Berbekalkan satu buku di kanan dan kiri
Dengan iman yang teguh menempuh ranjau
Tatkala tingkahlaku ku memenuhi syariat
Wahai sang algojo,aku telah bersedia
Laksanakanlah tugas hakikimu
Aku ingin bertemuNya di sana