Wednesday, January 25, 2012

siapa sebenarnya sahabat?

Tercari-cari aku sehingga kini. sahabat yang dulunya sahabat bertukar hanya kawan. permulaannya? sejak habis menuntut di tun mamat. sebabnya? entahlah.. dulu kami bertiga, kini hanya berdua. mana hilangnya persahabatan itu. hanyut ditelan masa mungkin. hanyut ditelan ego atau dimuntahkan cemburu diatas ikatan itu? dulu setiap apa yang berlaku pasti bersama, pasti dikongsi. tapi kini. aku di kutub utara, kau di china,kamu pula di eropah. aku bukan nak merungut, bukan nak mencorek hati, bukan nak menikam jantung. bukan! bukan sama sekali! aku hanya mahukan tali ikatan ini sekuat besi yang mampu mengikat kita hingga terhapus nafas ini. kemana pun pergi persahabatan tetap utuh. tapi aku kesal dengan semua ini. maaf aku emosi, sebab aku tak sangka nila yang setitik mampu merosakkan segantang susu. terpulanglah sahabat. aku tak menghalang perubahan, aku hanya mahukan persahabatan ini kekal. sebab dulu kita bertiga adalah satu family!

Wednesday, January 18, 2012

quotes

baru terbaca status kawan kat FB. truly sweet! haha..
aku nak pinjam sat la status tu, nk tulis kat sini.

"if a thousand people love you, I am in that thousand. If a hundred people love you, I am in that hundred. If ten people love you I am in that ten. If only one person loves you, you guessed it, that person is me! hehe...."


dedicated to : Cahaya Pemberianku :)

Thursday, January 5, 2012

coretan hamba

mendongak ke langit, terlihat tompok2 awan.
bintang berjutaan diserata langit berkelipan.
sang bulan bercahaya menerangi semesta.
wahai bulan, kau tidak lah cantik pada dasarnya.
tapi kau tetap menawan pada batinnya.
sungguhpun kau akan menghilang jua tatkala aku memandangmu.
kau tetap akan muncul pada pandanganku.
berdiri si pokok hidup segan mati tak mahu.
ditemani si pungguk yang menanti bulan turun ke bumi.
setia menanti sungguhpun si bulan enggan menemani.
dimana pula manusia?
di sangkar2 neraka.
sedang sibuk berdansa, meneguk kencing setan, berpelukan umpama sebadan.
inilah model2 robot yang hancur hilang pegangan.
sedarlah, hidupmu ditangan sang pencipta.
jika dikatanya pergi lah kau, maka hilanglah nyawa dari jasad.
ingatlah matimu.
sang lebai dan sekutunya beribadah.
bukan dia mahu menunjuk mahupun berlagak alim.
tetapi hakikatnya anda yang tidak puas hati dengan mereka.
bukan silap ibu mengandung jika mereka menasihati anda.
bukan silap anda jua, tetapi silap hati anda.
tidak dapat mengawal nafsu serakah anda.
jadi bersyukurlah sekiranya ada yang menegur.
bukan berlagak hebat, tetapi nasihat kasih dan sayang antara ummat.
ingatlah sang berkuasa wahai anda.
seganlah dengan si pungguk dan bulan dang pokok.
mereka sentiasa berzikir kepada pencipta walaupun mereka hodoh.
tetapi anda?
ingatlah. zikir adalah peneman si islam.
jauhkan nafsu serakah anda.
nescaya anda tenang jiwa dan raga.

Saturday, December 31, 2011

Mampu atau Tidak

yes its nearly a new year.. just a little hour.
tapi dah tercapai ke matlamat aku tahun ni?
aku masih lagi begini.
masih lagi seperti dulu.
masih lagi lemah.
masih lagi lalai.
masih lagi kurang kesedaran diri.
masih lagi kurang ilmu didada.
masih lagi kurang amalan.
masih lagi jahat, nakal, ego.
mungkin sikit je yang berubah.
sikit yang hampir diselaputi oleh kekurangan.
kekurangan yang semakin hari semakin ketara.
bila aku nak sempurna?
wallahualam.. hanya allah yang tahu.
orang selalu cakap bile tahun baru nak azam baru.
aku nak cakap, tahun baru berubah kepada yang baru dan lebih baik.
tingkatkan ilmu, lebihkan ibadah, jadi insan yang cemerlang dunia akhirat.
insyaallah :)
I love my family..

Friday, December 30, 2011

berehat seketika untuk berubah

dah sampai masa aku senyap, menyendiri, lari dari kenyataan
bukan bermaksud aku takut nak hadapi kenyataan
tapi sebab aku dah penat..
kalau penat, solusinye adalah rehat, keluar dari kepenatan
kalau lari bermaksud aku dah putus asa. tapi ini bukan.
aku cuma mahu menyendiri.
mencari silap yang mungkin aku sendiri lakukan.
lumrah insan untuk terlepas pandang masalah yang sendiri dicari.
aku nak hentikan seketika percubaan-percubaan bodoh yang terang-terangan memakan diri.
terang-terangan persekitaranku sudah berubah
kesal? sedih?
apa boleh buat, aku sendiri yang cipta permasalahan.
lalai.lalai.lalai.
masa tak boleh berputar kembali.
itulah yanag paling aku kesalkan.
korbankan masa lagi untuk perbaiki.
tahniah la fiqrun, kau memang pandai.
come on, its nearly a new year.
berubah kepada sesuatu yang baru dan lebih baik.
mungkin agak terlambat tetapi masih belum berakhir.

application mengarut FB

what your name say abaout you..
-fiqrun-
You have a creative mind. Use it to find a new love in you life, and you might get lucky this time. Just let go of whatever happened in your past and start over.
ape mane la app ni bgtau pasal name aku..
aku tau la aku kreatif, tapi tak payah la suruh aku cari new love kan..
huh!

Thursday, December 29, 2011

Saat Genting Pengujian

lagi dua hari nak exam dah ni..
aku pun tak tahu sama ada aku dah sedia ke tak..
insyaallah sudah la.
time ni lah boleh jumpa macam2 ragam orang study.
ada yg study awal pg.
ada yg study start dr ptg.
nak yg lagi pelik, study tengah malam sampai ke pg.
ya allah..tahan nye..
knp la aku xdpt ikut macam diorg tu..
yg aku boleh study kejap, lepas tu tido..
dugaan2..
takpe lah, insyaallah mudah2 an
walau ap pun style kite study
yg pntg ilmu yg kite dpt tu diredhai, mudah2 an..