Sunday, September 9, 2012

Bersyukur

Assalamualaikum, salam sejahtera wahai manusia sekalian.
lama rasanya tak menulis ni, berkarat dah ayat-ayat ni rasanya. Nak buat macamana kan, masa ni la nafsu menulis tu baru nak datang.
Kali ni nak tulis pasal syukur, bersyukur atau yang bermaksud sepertinya.
Cuba anda renungkan, dalam sehari anda hidup, berapa kalikah anda bersyukur kepada yang maha esa?
Seharusnya kita mulakan hari kita dengan Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah sebab diberikan lagi peluang untuk hidup, menerima nikmat darinya dan menempuh duniaNya.
Tidur itu umpama kita mati, roh kita keluar dari jasad dan melayang di dunia ini. Kemudian apabila kita bangun tidur barulah roh itu kembalik ke jasad. Sekiranya Allah sekat roh kita dari kembali, maka hilanglah kita dari bumi ini.

Kita seharusnya sentiasa mengingati nikmat yang telah diberikan. sedar tak kita bahawa kesihatan, tubuh badan yang sempurna, keamanan, udara dan banyak lagi yang kita guna didunia ini adalah nikmat dari Allah.
Sepotong ayat dari kitab suci AlQuran yang berbunyi

'..sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya..' (Ibrahim: 34)

Dari sini jelas bahawa setiap yang ada di muka bumi ini merupakan satu nikmat yang cukup besar dari Allah. Semua ini lah yang membantu kita memperolehi kehidupan yang lebih elok dan sejahtera. Maka justeru itu kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan pemberianNya ini.

Tetapi sememangnya lumrah manusia itu mudah untuk lupa. Barang yang kita perolehi percuma sememangnya mudah untuk kita lupakan, tidak dijaga dengan elok malah ada yang tidak berpuas hati. Seringkali mengungkit apa yang diperolehi. Disini kita perlu sedar, pernah atau tidak kita terfikir bahawa ada lagi insan yang berjalan dengan satu kaki, malah ada yang tidak ada kaki untuk berjalan. Pernah tak terfikir bahawa ada insan yang cacat pendengaran? tidak mempunyai tangan dan sebagainya. Maka kita yang sempurna tubuh badan ini, bersyukrlah dengan nikmat yang kita perolehi.

 
ini sebagai contoh, kurang keupayaan, tetapi mampu untuk berjuang dan memperolehi pingat.

Solat salah satu cara terbaik untuk kita mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan kepada kita, dan jangan lupa untuk berdoa. Dan janganlah melakukan sesuatu yang mampu meragut segala nikmat yang kita perolehi seperti ini...









Dah tak sayang nyawa ke.. MasyaAllah..

Bersyukurlah wahai insan. Jangan mengungkit kekurangan dan cuba untuk menerima segala nikmat yang telah kita perolehi. Jangan terlalu merungut dan hairgainya. Mungkin suatu hari nanti bila kita sudah kehilangan nikmat tersebut barulah kita merasa menyesal. Jangan sampai ini terjadi. Renung-renungkan..