Thursday, May 22, 2014

SAHABAT

Rupaku mungkin nakal, tidak berperasaan.
Tapi sebenarnya ku juga punya hati dan perasaan.
Aku lelaki, tapi mustahil lelaki tidak mampu melepaskan airmata.
Aku tidak menangis kerana teman wanita. bukan sama sekali.
Aku akan menangis kepada nilai yang lebih besar dari itu.
Iaitu SAHABAT.
Bagiku sahabat itu sangat penting..
Aku hargai nilai persahabatan.
Aku hormat nilai persahabatan.
Aku sayang nilai persahabatan.

Aku punya emosi dan rasa.
Aku punya tekanan.
Aku tidak minta dibelai dan disanjung.
Aku cuma pinta ambil berat seorang sahabat.
Adakah hanya aku perasan sendiri?

Peragaiku tidak suka untuk membincangkan masalahku.
Jika ditanya aku akan lari dari soalan.
Tapi raut laku ku jelas punya masalah.
Tidakkan kamu perasan.

Aku perlukan sahabat yang mampu mengenaliku.
Mampu memaksa aku mengaku masalahku.
Mampu berkongsi masalahku.
Mampu memahami  aku.
Mampu ku meluahkan isi yang terbuku dihatiku.
Silapkah aku?

Aku tertekan, tahukah kamu?
Siapa bertanya padaku?
Siapa menyokong aku?
Siapa berdiri dibelakangku?
Aku pun tidak tahu.

Bilaku begini..
Semua bagaikan lari..
Semua menerimaku sebagai asing..
Maka aku semakin tertekan..
Kecewa..

Tapi aku tidak kisah.
Asalkan aku masih anggap kamu semua sahabat.
Biarlah aku membatu dihati.
Aku tidak mahu hilang nilai sahabat.
Biarlah aku sembuh sendiri.

Aku minta maaf sahabat sekiranya aku yang bersalah.
Aku minta maaf sahabat sekiranya aku keterlaluan.
Aku minta maaf sahabat sekiranya aku tidak memahami kamu.
Tegurlah silap aku.

Sekian warkah ini buatmu.
SAHABAT