Thursday, March 31, 2011

ingat mati

Hari ini aku dapat melihat awan biru,
Esok masih dapatkah aku melihat..
Hari ini aku mendengar kicauan mergastua,
Esok masih dapatkah aku mendengar..
Hari ini aku dapat menyentuh butiran pasir yang memutih,
Esok masih dapatkah aku menyentuh..
Hari ini masih dapat ku meneguk secawan susu,
Esok masih dapatkah aku meneguknya..
Hari ini aku melihat awan terbentang luas,
Adakah esok masih ada lagi..
Pernahkah kau berfikir tentang mati wahai manusia yang kerdil?
Tahukah kau bila kau akan mati wahai manusia yang lalai?
Tahukah kau bagaimana hebatnya sakaratul maut?
Kita tidak memikirkannya..
Kita tidak mengingatinya..
Kita tidak menghayatinya..
Kita lalai dalam arus permodenan neraka,
Terbawa dengan nasihat si laknat,
Terlupa yang 5 dan perintahNya..
Ingatlah manusia,
Maut akan menjelang bila-bila masa..
Mungkin esok,malam ini atau mungkin sesaat selepas ini,
Jadi manusia,ingatlah kematian..
Jadikan ia pembakar semangat untuk menambah pointer syurga,
Bukan untuk mengecutkan perut kau..
Masih belum terlambat untuk berubah..

Monday, March 28, 2011

jiwa kelajuan

Orang kata ‘ferrari’ itu membunuh..
Tetapi bagiku ‘BMW’ adalah jiwa..
Tahukah anda bahawa ‘aston martin’ adalah satu kenikmatan..
Memang bahaya jika kita memandu ‘mini’..
Tetapi bagiku..’volkwagen’ adalah kepuasan..
Pernah saja aku kemalangan kerana memandu ‘toyota’..
Tapi itu tak menghalangku dari memandu ‘mazda’ semula..
Sekiranya kita ‘ford’ tetapi berhati-hati..
Kita tetap selamat..
Kematian tidak diketahui..
Jadi jangan takut untuk memandu ‘mercedes’..
Selagi anda mematuhi had ‘chevrolet’..
Anda takkan disaman..

Haha apa la aku mengarut ni..
Abaikan je la apa aku tulis..
Sah-sah aku tengah bosan..
Salam 1 malaysia..

p/s:tukar nama kereta dengan word laju

maju itu bencana

Kenapa ku mengucapkan maju itu bencana?
Bukan aku tidak merelakan kemajuan..
Tetapi,
Adakah kita awas akan semua akibat dari kemajuan?
Kemajuan membawa kepada:
keruntuhan akhlak..
pertembungan akidah..
masalah sosial..
kemusnahan alam sekitar..
pelupusan adat..
kemusnahan dunia..
peperangan..
pemubunuhan..
penguasaan dunia..
Dajjal,yakjuj makjuj,Armageddon..
Kita boleh mengecapi kemajuan,
Tetapi janganlah hingga kita memusnahkan dunia sendiri..
Ingatlah..
Semaju mana kita,
Jika tiba masa untuk mati..
Kita tetap akan mati..
Adakah kemajuan dapat mengelakkan kiamat?
MUSTAHIL!!
Kiamat akan tiba jua,dan kemajuan yang mungkar adalah pelincirnya..
Kerana kelekaan..dan ketamakan..
2012?
Itu bukan kiamat,
Itu banjir besar..
Projek ke marikh?
Kau ingat boleh lari dari kiamat ke?
Ingatlah manusia..
Kita boleh maju..
Tetapi selarikan dengan kemajuan rohani kita..
Jangan lupakan Dia..
Kerana Dia adalah yang maha berkuasa..
Dan dialah yang merencana segalanya..
MAJULAH DUNIA BERSAMA KEMAJUAN ROHANI YANG BENAR..

Jika itu takdirnya

“Dialah permata yang dicari,
selama ini baru kutemui,
tapi ku tak pasti rencana ilahi,
apakah dia akan ku miliki,
tidak sekali dinodai nafsu,
akan kubatasu dengan syariatmu,
jika dirinya bukan untukku,
redha hatiku dengan ketentuanMu..”
Ini sebahagian lirik yang kuterima dari rakanku selepas kami berdiskusi..
Cuba hayati lirik tersebut..
‘permata’ berarti teman atau pasangan kita..
Mungkin kita telah lama mencarinya..
Dan kita baru sahaja menemuinya..
Tetapi adakah kita pasti dia adalah teman atau pasangan kita?
Ini semua telah ditakdirkan..
Siapa jua pasangan kita,telah ditentukan sejak azali lagi..
Jadi sekiranya kita tidak bersamanya..
Itu bermakna dia bukan orangnya..
Jangan gusar kerana dia pasti muncul dicelah umat manusia..
Tetapi..
Banteng nafsumu perlu sekuat tembok Iskandar..
Syariat Allah perlu diaplikasikan sebagai benteng..
Kawal nafsu serakahmu selagi kamu belum sah diijab kabulkan..
Hubungan yang bersih..
Akan diredhai Allah..
Insyaallah...
“jika dia orangnya,dekatkan padaku..
Jika bukan dia orangnya,jauhkan dariku”

Wednesday, March 16, 2011

Dia Muncul Dimimpiku..

.........................................................................
aku berada di satu tempat yang agak asing..
tiba-tiba satu lembaga memakai seragam sekolah melambai kepadaku..
"abang,ada orang nak jumpa"
'ah sudah...aku dah la tak tahu aku kat mana ni..
siapa pulak nak jumpa dengan aku ni..'
aku kuatkan kudrat maju ke hadapan...
suddenly...
!!!!!!!!!
oh Allah! only you my god..
is it for real??
she..in my dream..
owh..sempat juga aku berbual dengan dia didalam mimpiku..
tersegan la pula aku..
haha
...........................................................................
(tersedar disini)
sebelum aku terlena semula dibuai mimpu kedua..
...........................................................................
aku di pejabat?!
bila masa pula aku ada pejabat ni.. =.='
aku keluar bilik ku..
ada client nampaknya..
kutegur client-ku..
dia berpaling kearah ku..
!!!!!
oh my!
she again!
tersipu aku malu..
sejak bila dia jadi client-ku..
0_o
tiba-tiba..
(tersedar la pulak...damn)

ini bukan first time aku mimpi dia..
tapi kenapa ye?
aku tak fikir pun pasal dia sebelum tidur..
adakah ini takdir?
suratan atau kebetulan?
atau mainan syaitan semata-mata?
ku harapkan ini adalah takdir..
takdir dengannya?
hanya Allah yang tahu..

Sunday, March 13, 2011

aura LAWIII

law3 terbaik!
hahaha
stress giler bace law teriii..
xd ke care lbh mudah nk ingat isi n fact
haha
ke ak yg lmbt msuk
gilo lah..
xtau la ap yg nk ku tulis esok haha
ap yg kua dlm kple,tu la yg ak tulis..
tawakal kepadamu ya allah..

Friday, March 11, 2011

Dawn or Down

bes betul exam law2 
hahaha
knp la ak xstdy part tu kn..
tbe2 kua plak soaln tu
n tu je yg ak ley buat
tpkse la ak buat
dgn hrpn dpt mrkh
walau cket..
hai..
nasib lah..
benda dah jd kn..
redha je lah..
fokus nex exam lak..
adios...

Wednesday, March 9, 2011

Ia ada padanya sejak azali..(sajak main-main volume3)

adakah aku rabun?
tidak..
naluriku merasakan yang aku telah dibutakan..
dibutakan dengan perasaan itu..
berkurun telah ku mengenalinya..
tetapi baruku sedar perasaan ini..
bodohnya aku,butanya aku,bangangnya aku
kenapa aku sebegini lampi..
mungkinkah ini takdir perjalanan benang hidupku
mungkin...
tapiku tidak mahu menzahirkannya..
bukanku takut,bukanku segan,bukanku tak mahu
tetapi ak menyedarinya
masih belum tiba saatnya..
mungkin kurun ke 30 nanti akan ku luahkan..
mungkinkah?
tiada yang mustahil..
jika ini qada' dan qadar hidupku..
aku terima dengan ikhlas hati..
YA ALLAH..
kuatkanlah hambamu ini yang mahu hidup mengikut jalan sebenar
aku tidak mahu sesat disebabkan aura ia yang belum sesuai masanya

aku harap dia sedar dan mengerti 
aku sanggup menunggu masa yang benar
aku harap dia jua begitu
jika itu dan dia yang sebenarnya
aku bersyukur
jika itu dinafikan
aku menerimanya dengan redha kerana ALLAH..
kerana aku...
mahukan terbaik dari aku dan dia..
jalan yang diredhai ALLAH..