Sunday, December 23, 2012

Sokongan Atau Cacian

Assalamualaikum dan selamat petang.
Lebih kurang lima ke enam hari nak final exam. dan start lah jadi macam-macam suasana, masalah, drama dan sketsa.

Yang tu biarlah, cuma ada beberapa benda yang jadi tanda tanya. Adakah aku terlalu banya melakukan salah pada orang lain sampai ramai musuh?
Atau pun orang lain tak senang lihat rezki orang lain?
Atau mungkin orang menilai aku dari segi siapa aku dulu dan dulu dan sekarang adalah aku yang sama?
Atau mungkin masuk akal, aku memotong jalan orang lain?
Atau juga aku sombong dan berlagak dengan mereka?
Atau aku telah memperkecilkan hati mereka?
Terlalu banyak atau disini ya.

Sekiranya aku memotong jalan orang lain, maaf dipinta, kenapa tak cakap awal-awal, kan boleh berbincang. Masalah pun boleh diselesaikan dengan cara baik, bukan dengan cara senyap. Takut menambah dosa pula.

Sekiranya orang tak senang dengan rezki yang aku terima, maaflah, ini pemberian Allah, kalau orang tak senang maka orang tak menerima Qada' dan Qadar yang Allah telah tentukan. Itu salah satu rukun iman tau. Fahamilah maksudnya.

Kepada yang kecil hati, maaf juga, mungkin ada yang terlepas kata dan sebagainya, saya manusia biasa yang melakukan banyak kesilapan, kadang-kadang kita terlanjur. Itu dah sememangnya lumrah manusia biasa, kalau tak diamaafi, tidak mengapalah.

Kepada yang kata aku sombong, maaf lah, rasanya itu alter ego yang kamu lihat dari luaran. Kalau kamu kenal siapa aku, kamu tahu betapa bangangnya perangai aku kadang-kadang.

Kepada yang menilai diriku buruk dulu dan buruk sekarang. Maaf aku katakan, kamu bangang. Manusia berubah kawan, tidak mustahil untuk jadi yang lebih baik. Dan tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk perubahan itu, takut riak orang kata. Manusia.. Perasan tak kalau setiap kali manusia nak berubah, manusia perlukan penyokong, bukan pencaci. Tahu kenapa manusia gagal berubah? sebab pencaci lah. Contohnya bagi bekas penagih dadah, kenapa ada sebahagian yang gagal berubah? sebab tidak ramai yang dapat menerima mereka. Berilah mereka peluang untuk berubah, menunjukkan yang mereka mampu jadi lebih baik. Skeptikalnya manusia ini, kalau itu dulu, maka itu lah mereka sekarang. Pathetic!! Jangan jadi penyumbang kepada kegagalan mereka. Allah sentiasa menerima taubat dan pohonan kemaafan manusia. Dan kenapa manusia gagal berbuat demikian. Kita ni hanya Tanah, Tanah yang hina, dipijak-pijak. Tapi punya akal yang membezakan kita dari tanah yang kita pijak.

Fikirkanlah adakah kita mahu jadi penyebab kegagalan atau penyebab kepada kejayaan seseorang.
Renungkanlah...

Thursday, December 13, 2012

LAWSOC UUM tetap dijiwa

Assalamualaikum..selamat petang..
mohon maaf dari awal kalau post kali ni agak bosan *rasanya post selalu pun bosan kot.
OK terus ke point asal aku.
.....................................................................................................................................
Harini mungkin hari terakhir setelah setahun aku memegang jawatan kepimpinan LAWSOC UUM
Agak sebak sebab setahun ini sangat bermakna bagi aku. 
Kami 21 individu yang mempunyai watak berbeza.
Dan akhirnya kami dibubarkan dari bersama. Rasa macam berpisah dari keluarga..
Abang-abang dan Akak-akak yang sporting, baik, membantu, dan caring.
Masing-masing membantu kalau ada masalah, dan disinilah nampak dimana penyatuan kami.
Dari sini lah bermulanya penyatuan semua pelajar undang-undang UUM.
Setiap program yang kita jayakan, kita raikan bersama.
Setiap kejayaan, kita sambut bersama.
Tiada kejayaan kredit individu, tetapi sebagai satu pasukan.
Saorang kapten yang hebat bernama Faizal.
Dibantu dua gadis yang jelita "maria dan dayah"
Bersama anak-anak kapal yang lain.
Mampu menaikan nama lawsoc uum, memacu nama sebagai sebuah kelab yang aktif.
Berjaya mengubah persepsi masyarakat tentang pelajar undang-undang yang sombong kepada peramah.
Objektif masa pendek dan masa panjang yang sangat bagus.
Insyaallah, sekiranya aku masih diberi kepercayaan untuk mendukung matlamat itu, aku akan bawa legacy mereka.
Sekiranya tidak, aku tetap meyokong LAWSOC UUM.
Inilah satu-satunya persatuan yang aku dapat banggakan satu hari nanti.
Semoga kepimpinan baru nanti dapat membawa perubahan dan menjaga kebajikan mahasiswa.
Kita ditugaskan untuk membantu orang lain, bekerja demi orang lain.
Bukan kredit individu. 
Semoga LAWSOC UUM tetap berada diatas.
I LOVE ALL OF YOU!!
....................................................................................................................................................................
Aku sebab masa menulis post ini, aku tak tahu kenapa. jarang aku sebak macam ni. Aku akui airmata mengalir tatkala menulis. Aku dah anggap mereka sebagai keluarga aku. Keluarga besar. Persatuan ini umpama darah yang mengalir dalam diriku. Semoga ikatan kita terus bersama. Insyaallah.

with love,

M.Fiqrun

to;
LAWSOC UUM

Friday, November 9, 2012

Kenangan Pelajaran dan Keperluan

"Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Karena itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim"
copypaste: @daus qlate

Thursday, November 8, 2012

Sabarlah Wahai Anak Adam

PERNAH ATAU TIDAK SAMPAI SATU TAHAP KITA RASA TAK TAHAN DENGAN UJIAN? PERNAH ATAU TIDAK KITA HILANG RASA SABAR? PERNAH ATAU TIDAK KITA MENGELUARKAN PERTANYAAN YANG BUKAN-BUKAN DEK KERANA TIDAK SABAR DENGAN UJIAN? PERNAH ATAU TIDAK? 
TAHUKAH ANDA DALAM SETIAP UJIAN YANG DIBERIKAN ITU ADA SEBAB DAN MUSABABNYA.BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA PERSOALAN YANG SERINGKALI KITA BANGKITKAN TATKALA KITA HILANG TAHAP SABAR ITU.
 
 
 
KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45 
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
 

Saturday, October 20, 2012

Johor Negeri Tersohor

Johor Negeri Tersohor
(Sahsiah Sejarah Iskandariah)

'Ujung Tanah' gelaran purba
'Jauhar' bermakna batu permata
'Johor' termaktub sehingga kini
Nama bertuah kekal serasi.

Pintu masuk gerbang selatan
Metropolis pusat pelancungan
Pencakar langit tersergam indah
Tambah lestari tempat bersejarah.

Lapan daerah berwajah megah
Pimpinan amanah pegawai daerah
Berbilang kaum hidup bersatu
Prinsip bersekutu membawa mutu.

Johor Bahru pusat pemerintahan
Danga Bay pesatnya pembangunan
Tg.Pelepas pelabuhan antarabangsa
Infra canggih pelaburan berganda.

Batu Pahat asalnya 'bandar penggaram
'Masyarakat menjulang adat dan resam
Seri Sulong petempatan industri bermutu
UTHM, ADTEC, MRSM institusi para ilmu.

Muar asalnya perkataan 'muara'
Gunung Ledang indah suasana
Tg.Emas marina membangun pesat
Jambatan kedua kebangaan rakyat.

Mersing asalnya sidara 'Mersing'
Pusat pelancung menghilang runsing
Bot penambang ke pulau tioman
Endau-Rompin khazanah hutan simpan.

Segamat asalnya kata 'segar amat'
Sawit dan getah ekonomi meningkat
Jalan Genuang tapak perindustrian
Terkenal sebagai 'syurga durian'.

Pontian asalnya kata 'perhentian'
Perkampungan indah para nelayan
Kukup syurga pusat makanan laut
'Penghujung Benua Asia' disebut.

Kota Tinggi asalnya 'tebing tinggi'
Air Terjun riadahnya menambat hati
Kampung Makam sahsiah bersejarah
Pantai Desaru pemandangan indah.

Keluang asalnya 'kelawar besar'
Gunung Lambak tempat bersiar
Roti bakar, kopi stesyen keretapi
Nenas dan teh sumber ekonomi.

Sultan berdaulat dikasihi rakyat
Terajunya adil putusan sepakat
Membudaya Al-Quran teras tadbiran
Ukhuwah ummah agenda kemakmuran.

Negeri Johor pemodenan berterusan
Rakyat jelata menjunjung perpaduan
Makmur negeri berteknologi tinggi
Pembangunan pesat kukuh ekonomi.

Bendera Johor menjulang megah
Asykar Diraja siapsiaga gagah
Tertumpah kasih taat setia
Dirgahayu Johor negeri tercinta.

Nukilan: Ramlee(Nakhoda)
Hakcipta Terpelihara.

Daerah Kulaijaya disebut Kulai
Banyak terdapat gugusan FELDA
Terbang selatan singgah Airport Senai
Sempat ke JPO untuk beriadah

Daerah Ledang diutara Johor
Sebelah Muar Bandar Di Raja
Gunung Ledang sejarah tersohor
Tangkak juga tempat berbelanja

Nukilan : ALS2u
Hakcipta Terpelihara
 
Credit to Persatuan Bangsa Johor

Friday, October 19, 2012

Nota Penting!

Nota khas suatu hari nanti, insyaallah:
* aku hanya budak kampung, bukan budak bandar
* aku bukan anak orang kaya
* aku sememangnya anak yang manja dengan mak dan ayah
* aku tidak sekacak aaron aziz, tapi ini rezki yang Allah bagi padaku
* aku bukan insan yang terlalu genius, sebab itu aku perlu belajar
* aku juga tidak romantik
* aku masih cetek ilmu, bagi aku masa untuk mendalaminya
* aku mungkin 10x lebih kejam dari kamu
* aku tak mencari yang terlalu sempurna
* jika kau terlalu cantik, tugasku menjaga kecantikanmu
* jika kau terlalu seksi, tugasku menutupmu
* jika kau kurang ilmu, tugasku mengajarmu
* aku lebih pentingkan mak ayah
* aku takkan kahwin awal selagi aku tak capai impian makayah
* jodoh ditangan Allah. sampai masa kau akan datang serentak aku pada kau

Monday, October 15, 2012

Teman Pengganti : Black ft Malique

Lagu ni agak sedih, lagu seseorang yang menunggu saat kematiannya. Kepada yang mendengar, lebih baik hayati liriknya sebaik-baiknya. Sangat mendalam maksudayat yang digunakan. Ini bukan sekadar lagu cinta, tapi lagu kepada seorang isteri. Bagaimana niat lelaki menyimpan sakitnya daripada isterinya. 'aku kan pergi, pergiku takkan kembali' ' aku kan pergi mencari kekasih abadi'. Kekasih abadi itu faham-faham lah ye.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Saturday, October 13, 2012

Rahsia Lelaki Mengikut 4 Unsur

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah
Tak tahu lah tahap kesahihannya, kajian saja kan....

Monday, October 1, 2012

Melayu Johor By Usman Awang

Assalamualaikum.. ^.^

Adakah anda kenal dengan sasterawan negara bernama Dato' Usman Awang?

Ketika hayatnya, beliau telah menghasilkan sebuah sajak yang melambangkan atau mentafsirkan bagaimana sifat dan tingkah laku warga johor. Betapa hebatnya beliau sehingga mampu menterjemahkan sifat keperibadian johor secara kiasan. Tidak semua perasan bahawa warga johor mempunyai sifat sebegini, marilah sama-sama menghayati nukilan beliau.

 

SAJAK MELAYU JOHOR


Melayu Johor

telah terlalu banyak kita kehilangan

sawah ladang bertukar tangan

pekan dan bandar kita menumpang

Teluk Belanga entah ke mana

yang tinggal hanyalah pakaian

sedarah sedaging hampir hilang

yang ada hanyalah setulang

Selat Tebrau kian sempit

hati rindu jauh tergamit.


Di Johor,

Jawa itu Melayu

Bugis itu Melayu

Banjar itu Melayu

Minangkabau memang Melayu

Aceh dan Siak adalah Melayu

Jakun dan Sakai lebih Melayu

Arab dan Turki pekat Melayu

Mamak dan Malbari jadi Melayu

malah Muallaf bertakrif Melayu.


Melayu itu maknanya bijaksana

“jika menipu pun bersopan”

kurang ajarnya tetap bersantun

dajalnya cukup selamba

budi bahasa jangan dikira

beraninya cukup benar

tunduk bila bersalah

“lembutnya cukup jantan”

setia sampai ke kubur

biar mati adat jangan mati sahabat.


Anak Johor,

luka di Tanjung Putri

parutnya di Parit Raja

muka biar berseri

mulut biar berbahasa.


Berkelahilah cara Melayu

menikam dengan pantun

menyanggah dalam senyum

marahnya dalam tertawa

merendah bukan menyembah

meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan

jiwa Melayu mengangkat persahabatan

kasih sayang kekeluargaan

ringan tulang saling bertolongan

jujur memaafkan, ikhlas memberikan.


Berdamailah cara Melayu

silaturahim yang murni

di mulut sama di hati

maaf senantiasa bersahut

tangan dihulur bersambut

luka pun tidak lagi berparut.


Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,

dalam kekeruhan ini carilah perdamaian

sifat terpuji setiap insan.


Bermuafakat supaya berkat

bersaudara dunia akhirat

berikhtiar dengan tabah

kepada Allah berserah.


USMAN AWANG

1988

 

Sunday, September 9, 2012

Bersyukur

Assalamualaikum, salam sejahtera wahai manusia sekalian.
lama rasanya tak menulis ni, berkarat dah ayat-ayat ni rasanya. Nak buat macamana kan, masa ni la nafsu menulis tu baru nak datang.
Kali ni nak tulis pasal syukur, bersyukur atau yang bermaksud sepertinya.
Cuba anda renungkan, dalam sehari anda hidup, berapa kalikah anda bersyukur kepada yang maha esa?
Seharusnya kita mulakan hari kita dengan Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah sebab diberikan lagi peluang untuk hidup, menerima nikmat darinya dan menempuh duniaNya.
Tidur itu umpama kita mati, roh kita keluar dari jasad dan melayang di dunia ini. Kemudian apabila kita bangun tidur barulah roh itu kembalik ke jasad. Sekiranya Allah sekat roh kita dari kembali, maka hilanglah kita dari bumi ini.

Kita seharusnya sentiasa mengingati nikmat yang telah diberikan. sedar tak kita bahawa kesihatan, tubuh badan yang sempurna, keamanan, udara dan banyak lagi yang kita guna didunia ini adalah nikmat dari Allah.
Sepotong ayat dari kitab suci AlQuran yang berbunyi

'..sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya..' (Ibrahim: 34)

Dari sini jelas bahawa setiap yang ada di muka bumi ini merupakan satu nikmat yang cukup besar dari Allah. Semua ini lah yang membantu kita memperolehi kehidupan yang lebih elok dan sejahtera. Maka justeru itu kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan pemberianNya ini.

Tetapi sememangnya lumrah manusia itu mudah untuk lupa. Barang yang kita perolehi percuma sememangnya mudah untuk kita lupakan, tidak dijaga dengan elok malah ada yang tidak berpuas hati. Seringkali mengungkit apa yang diperolehi. Disini kita perlu sedar, pernah atau tidak kita terfikir bahawa ada lagi insan yang berjalan dengan satu kaki, malah ada yang tidak ada kaki untuk berjalan. Pernah tak terfikir bahawa ada insan yang cacat pendengaran? tidak mempunyai tangan dan sebagainya. Maka kita yang sempurna tubuh badan ini, bersyukrlah dengan nikmat yang kita perolehi.

 
ini sebagai contoh, kurang keupayaan, tetapi mampu untuk berjuang dan memperolehi pingat.

Solat salah satu cara terbaik untuk kita mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan kepada kita, dan jangan lupa untuk berdoa. Dan janganlah melakukan sesuatu yang mampu meragut segala nikmat yang kita perolehi seperti ini...









Dah tak sayang nyawa ke.. MasyaAllah..

Bersyukurlah wahai insan. Jangan mengungkit kekurangan dan cuba untuk menerima segala nikmat yang telah kita perolehi. Jangan terlalu merungut dan hairgainya. Mungkin suatu hari nanti bila kita sudah kehilangan nikmat tersebut barulah kita merasa menyesal. Jangan sampai ini terjadi. Renung-renungkan..

Wednesday, August 1, 2012

Evolusi Kehidupan

Now i'm back for blogging again.
Anyway, manusia ni memang tak pernah lari dari kesilapan kan. itu lah salah satu lumrah manusia. takkan dapat kite jumpa manusia yang sempurna 100% tanpa ada salah silap. Terutamanya aku, memang banyak la salah silap yang aku dah buat.. Kadang-kadang bila kita teringat balik silap tu, hati kite tersentuh, sedih, sebak dan rasa nak menangis. Besar atau kecil silap itu, ia tetap silap. Dan kalau la kita tak terasa sedih langsung dengan silap kita tu, dah batu lah hati kau tu namanya!!

Bila dah sebak dan teringat tu.. dinasihatkan lah kita bertaubat, berubah kepada kebaikan. perlu diingati juga, yang kita manusia ni hati dan iman kita turun dan naik. Iman manusia takkan naik sentiasa, bila sampai masa akan ada tahap iman kita akan goyah dan menurun. Tapi, mestilah diingati, sentiasa muhasabah diri, itu salah satu cara terbaik untuk mengelakkan kita tersasar ketika iman kita menurun.

Masih belum terlambat untuk kita berubah ke arah yang labih baik. Ingat lah Allah itu sentiasa menerima taubat dan perubahan hambanya. Yang Dia mahukan ialah hambanya yang sentiasa melutut dan menadah tangan kepadanya. Dia bencikan hambanya yang sombong dan tidak meminta kepadanya.

Ingat manusia, sedar dan berubahlah. Masih belum terlambat.

Tuesday, May 1, 2012

MELAYU JOHOR

Khas buat anak2 Johor. Karya nukilan Allahyarham Datuk Dr. USMAN AWANG salah seorang sasterawan negara. Hayatilah...

Oleh : Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat

Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Kerajaan Melayu Bentan

Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah.

Tuesday, April 17, 2012

50 fakta Mengenai Lelaki



1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan​ tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Tuesday, January 31, 2012

siapa bersalah?

selalu tak bace paper? selalu tak perasan yg paper tu tiap hari msti ad brite pasal buang bayi..
masalah-masalah.. tak rase manusia zaman sekarang ni dah jd lg kejam dr binatang ke?
lagi maju negara lagi ortodoks rakyat..
siapa pulak yang bersalah?
ibu bapa ke yang bersalah sebab tak pantau anak-anak depa? bila anak dah habis je sekolah, mula la ingat diorang ni dah pandai jage diri,dah dewasa..
walhal.. time ni la depa ingat depa boleh buat sesukahati depa bila makayah dah tak hiraukan.
ada pulak makayah yang sibuk kerja sampai tak hiraukan anak-anak.
mula la anak mencari kasih sayang kat boyfren diorang.
tapi! si anak ni agaknye dah bangang sangat ke ap?
nak kate cikgu salah tak ajar bab agama kat sekolah, ada je subjek pendidikan islam.
nak kate iman tak kuat.. mungkin, tapi yang pasti diorang tak dapat kawal dan menahan nafsu.
diakui la yang semakin kuat iman, semakin tinggi pangkat syaitan penggoda.
boleh ke salahkan si perempuan dan lelaki berkenaan?
orang kata lelaki yang salah sebab dah goda perempuan sampai dia relakannya. lepas tu tak tau pulak tanggungjawab. lari. dahyus betul la.
tapi, perasan tak kalau bukan sebab perempuan tu tak menolak, takkan lelaki tu sanggup buat.
okey kat sini jelas lagi tak perlu bersuluh yang dua-dua bersalah.
mungkin ikutkan situasi la kalau nak salahkan mana-mana pihak kan.
apa pun, jati diri individu kena kuat.
sebab bila zaman remaja, muda mudi ni la pengaruh persekitaran sangat kuat.
kawal diri anda, kawal nafsu anda, kawal tingkahlaku dan pilih persekitaran dan rakan yang betul anda selamat.
tersalah semua tu, selamat jugak, tapi selamat jalan la..
ibubapa main peranan, its better to control ur child sampai dia kawen haha
its better dan lagi selamat rasanya.
tapi bukan la control yang teramat, at least control sikit-sikit dan bagi nasihat berguna je la.
dalam masalah ni, ibubapa,individu, guru, kerajaan perlu la sama-sama atasi
jangan menuding pada satu pihak saja
lakukan, lebih baik dari cakap kosong.
ini sekadar luahan. mungkin ada yang tak boleh menerima pandangan ini, its your choice.
setiap orang berbeza pandangan dan pendapat ^.^
peace!

Wednesday, January 25, 2012

siapa sebenarnya sahabat?

Tercari-cari aku sehingga kini. sahabat yang dulunya sahabat bertukar hanya kawan. permulaannya? sejak habis menuntut di tun mamat. sebabnya? entahlah.. dulu kami bertiga, kini hanya berdua. mana hilangnya persahabatan itu. hanyut ditelan masa mungkin. hanyut ditelan ego atau dimuntahkan cemburu diatas ikatan itu? dulu setiap apa yang berlaku pasti bersama, pasti dikongsi. tapi kini. aku di kutub utara, kau di china,kamu pula di eropah. aku bukan nak merungut, bukan nak mencorek hati, bukan nak menikam jantung. bukan! bukan sama sekali! aku hanya mahukan tali ikatan ini sekuat besi yang mampu mengikat kita hingga terhapus nafas ini. kemana pun pergi persahabatan tetap utuh. tapi aku kesal dengan semua ini. maaf aku emosi, sebab aku tak sangka nila yang setitik mampu merosakkan segantang susu. terpulanglah sahabat. aku tak menghalang perubahan, aku hanya mahukan persahabatan ini kekal. sebab dulu kita bertiga adalah satu family!

Wednesday, January 18, 2012

quotes

baru terbaca status kawan kat FB. truly sweet! haha..
aku nak pinjam sat la status tu, nk tulis kat sini.

"if a thousand people love you, I am in that thousand. If a hundred people love you, I am in that hundred. If ten people love you I am in that ten. If only one person loves you, you guessed it, that person is me! hehe...."


dedicated to : Cahaya Pemberianku :)

Thursday, January 5, 2012

coretan hamba

mendongak ke langit, terlihat tompok2 awan.
bintang berjutaan diserata langit berkelipan.
sang bulan bercahaya menerangi semesta.
wahai bulan, kau tidak lah cantik pada dasarnya.
tapi kau tetap menawan pada batinnya.
sungguhpun kau akan menghilang jua tatkala aku memandangmu.
kau tetap akan muncul pada pandanganku.
berdiri si pokok hidup segan mati tak mahu.
ditemani si pungguk yang menanti bulan turun ke bumi.
setia menanti sungguhpun si bulan enggan menemani.
dimana pula manusia?
di sangkar2 neraka.
sedang sibuk berdansa, meneguk kencing setan, berpelukan umpama sebadan.
inilah model2 robot yang hancur hilang pegangan.
sedarlah, hidupmu ditangan sang pencipta.
jika dikatanya pergi lah kau, maka hilanglah nyawa dari jasad.
ingatlah matimu.
sang lebai dan sekutunya beribadah.
bukan dia mahu menunjuk mahupun berlagak alim.
tetapi hakikatnya anda yang tidak puas hati dengan mereka.
bukan silap ibu mengandung jika mereka menasihati anda.
bukan silap anda jua, tetapi silap hati anda.
tidak dapat mengawal nafsu serakah anda.
jadi bersyukurlah sekiranya ada yang menegur.
bukan berlagak hebat, tetapi nasihat kasih dan sayang antara ummat.
ingatlah sang berkuasa wahai anda.
seganlah dengan si pungguk dan bulan dang pokok.
mereka sentiasa berzikir kepada pencipta walaupun mereka hodoh.
tetapi anda?
ingatlah. zikir adalah peneman si islam.
jauhkan nafsu serakah anda.
nescaya anda tenang jiwa dan raga.