Thursday, July 28, 2011

kalau lah kan..


Kalau masa boleh diputar semula
Banyak yang ingin aku perbetulkan
Kalau masa boleh diputar semula
Aku ingin kembali kezaman kanak-kanak ku
Aku ingin belajar lebih tekun
Aku ingin lebih menghargai ibu bapa ku
Akan ku elakkan segala kesalahan yang aku lakukan
Akan ku bersihkan namaku
Aku ingin melakar semula masa depan ku
Aku ingin memilih dia sebagai teman hidupku selamanya
Akanku bina namaku sebagai aku
Akanku perbaiki segala kelemahanku
Tetapi itu hanya sekiranya masa dapat berputar semula
Kerana hakikatnya itu adalah mustahil
Simpanlah segala hasrat
Teruskanlah hidup dengan apa yang ada
Pandang terus ke hadapan
Jangan dikenang lagi yang lampau
Kerana hanya sejarah yang tinggal
Hidup tak bermakna tanpa cabaran.

Monday, July 25, 2011

laut tu ada macam manusia tak?

orang kata hidup ni macam roda
tapi tak bes la perumpamaan tu
hidup macam lautan, ok x?
kenapa lautan ye? sebab....
lautan lagi bergelora dari roda kot..
kalau roda mesti pusing2 je
kalau tak gerak,tak pusing la dia
tapi kalau laut mesti bergelora 
kalau takde angin pun tetap bergelora (agaknya la)
hidup ni kan banyak sangat dugaan
kejap pasang
kejap surut
kejap cantik
kejap buruk
kejap tenang
kejap ribut
laut pun luas,sama macam dunia ni yang luas
kehidupan yang luas
banyak yang perlu kita selami dan cari
lautan pun ada yang bersih dan ada yang tercemar
sama la macam diri kita ni
sama ada kita ni bersih atau tercemar dengan dosa
ada haiwan marin tinggal bersama
macam diri kita yang ada rakan di sekeliling
laut...macam diri manusia

Thursday, July 21, 2011

subjek sarjana muda undang2 uum

semalam belek2 la COLGIS UUM
tiba2 terpandang yang ni:


 STRUKTUR PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN)
Untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian), seorang pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 154 jam kredit melalui struktur program berikut:
 
Ringkasan Kursus:
A. Teras Universiti 16
B. Teras Program 135
C. Elektif Bebas 3
Jumlah 154
 
A. Teras Universiti (16 Jam Kredit)
BPME1013 Asas Keusahawanan 3
SADN1013 Tamadun Islam & Asia 3
SADN1043 Hubungan Etnik 3
SBLE2103 Process Writing 3
Kokurikulum* 4
*Pilih satu (1) bidang kokurikulum yang diminati dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan bagi setiap bidang tersebut (kecuali PALAPES dan KOR POLIS SUKSIS 6 jam kredit)
 
B. Teras Program (135 Jam Kredit)
Kursus Pengurusan dan Teknologi Maklumat (9 Jam Kredit)
BPMN1013 Pengantar Pengurusan 3
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan 3
BKAL1013 Perakaunan Perniagaan 3
 
Kursus Undang-Undang (122 Jam Kredit)
GLUP1014 Sistem Perundangan Malaysia 4
GLUP1024 Undang-undang Kontrak I 4
GLUP1034 Undang-undang Kontrak II 4
GLUP1044 Skil Perundangan dan Kaedah Penyelidikan 4
GLUP1054 Pengenalan Undang-undang Islam 4
GLUP2014 Undang-undang Perlembagaan & Pentadbiran I 4
GLUP2024 Undang-undang Perlembagaan & Pentadbiran II 4
GLUP2034 Undang-undang Tort I 4
GLUP2044 Undang-undang Tort II 4
GLUP2054 Undang-undang Jenayah dan Prosedur I 4
GLUP2064 Undang-undang Jenayah dan Prosedur II 4
GLUP3014 Undang-undang Jenayah dan Prosedur III 4
GLUP3024 Undang-undang Tanah I 4
GLUP3034 Undang-undang Tanah II 4
GLUP3044 Undang-undang Keadilan, Amanah & Pentadbiran Harta Pusaka I 4
GLUP3054 Undang-undang Keadilan, Amanah & Pentadbiran Harta Pusaka II 4
GLUP3064 Undang-undang Syarikat & Tadbir Urus Korporat I 4
GLUP3074 Undang-undang Syarikat & Tadbir Urus Korporat II 4
GLUP3084 Undang-undang Kekeluargaan 4
GLUP3094 Undang-undang Antarabangsa 4
GLUP4014 Prosedur Sivil I 4
GLUP4024 Prosedur Sivil II 4
GLUP4034 Undang-undang Keterangan I 4
GLUP4044 Undang-undang Keterangan II 4
GLUP4054 Amalan Profesional I 4
GLUP4064 Amalan Profesional II 4
GLUP4074 Jurisprudens 4
GLUP4084 Undang-Undang Perbankan & Industri Sekuriti 4
GLUP4094 Skil Advokasi & Penulisan PendapatUndang-undang 4
GLUX3012 Praktikum I 2
GLUX4014 Praktikum II 4
 
Kursus Elektif Program (4 Jam Kredit)
Pelajar dikehendaki memilih satu kursus dari senarai berikut:-
GLUE3014 Undang-undang Transaksi Perniagaan 4
GLUE3024 Undang-undang Insurans 4
GLUE3034 Undang-undang Perbankan Islam 4
GLUE3044 Undang-undang Pekerjaan dan Perhubungan Perindustrian 4
GLUE3054 Undang-undang Alam Sekitar 4
GLUE3064 Undang-undang Pengangkutan Barangan Antarabangsa dan Domestik 4
GLUE3074 Pertelingkahan Undang-undang 4
GLUE3084 Undang-undang Hasil 4
GLUE3094 Undang-undang Harta Intelek 4
GLUE3104 Undang-undang Teknologi Maklumat & Siber 4
 
C. Elektif Bebas (3 Jam Kredit)
Pelajar-pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang ditawarkan oleh program pengajian lain di kolej yang sama atau kursus di kolej lain dengan mengambilkira perkara berikut:-
a. Perlu memenuhi pra-syarat kursus jika kursus tersebut memerlukan pra-syarat.
b. Kursus-kursus setara tidak boleh dijadikan elektif bebas.

p/s: nombor 3 dan 4 pada akhir setiap subjek adalah kredit hour kita

wah terbaek la UUM!
ini yang aku tengok,maaf kalau salah atau dah dipinda :D
mari kejar ijazah kita ye ! >.<

Monday, July 11, 2011

7 fahaman islam

satu masalah yang masih ketara dalam islam..
berlaku pepecahan antara kita.
memang sudah lama perkara ini terjadi
apa masalahnya?
fahaman yang berlainan antara umat islam.


Akhli Sunnah Waljamaah
Golongan orang Islam yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan amalan) yang dibawa oleh rasullullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya. Fahaman ini juga dijadikan penggangan para sahabat rasullullah ( Al-hadith, ajmak para sahabat, dan Al-khias). Fahaman ini dapat menjernihkan Akhidah umat Islam daripada berbagai-bagai fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Fahaman Syiah
Golongan yang menganggap Saidinah Ali Radhiallahhuan dan keturunannya yang lain sebagai pengganti Rasullullah sebagai Imam (Pemimpin) yang maksum bagi umat islam. Dan golongan ini tidak mengakui khalifah yang lain sebagai pemimpin. Dan golongan ini di anggap terpesong dari landasan agama Islam. Dan golongan ini ramai berada di Asia Barat.

Fahaman Muktazilah
Golongan yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau di kenali dengan ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka percaya kepada keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat. (Terlalu taksub kepada logik akal sehingga segala perbuatan manusia di tentukan oleh akal fikiran dan membelakangi kudrat dan irodah Allah Taala).
Fahaman Khodariah
Golongan  yang  mengikut fahaman Muktazilah yang berfahaman bahawa manusia mempunyai kuasa yang tersendiri dan dapat menentukan segala perbuatannya sama ada baik ataupun buruk. Allah Taala tidak ada kena-mengena dengan perbuatan manusia dan hanya mengetahui setelah perbuatan itu dilakukan oleh manusia. Menganggap perbuatan manusia  memberi kesan.
Fahaman Jabariah
Golongan yang berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha. Segala-galanya berlaku dan di jadikan oleh Allah Taala, baik dan buruk adalah ketentuan Allah Taala semata-mata.
Fahaman Wahabiat
Golongan yang berpengang pada Al-Quran dan hadith rasullullah  S.A.W serta menolak bidaah termasuk bidaah hassanah dan menganggap semua bidaah adalah sesat. Golongan  ini melarang penganutnya menziarahi makam rasullullah. Melarang penganutnya mempelajari sifat dua puluh Allah Taala.

Di atas ialah 7  fahaman yang terdapat di dalam agama Islam dan di antara semua fahaman di atas hanya satu sahaja fahaman yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar iaitu Akhli Sunnah Waljamaah.

Artikel ini telah di rujuk oleh sidang pengarang sinar jimiyat sdn bhd dan telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
dipinjam dari http://ohislam.com/7-fahaman-yang-terdapat-di-dalam-agama-islam/

lihatlah..
mungkin inilah punca perpecahan dalam islam
fahaman yang berlainan menyukarkan umat islam untuk bersatu
bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
kita perlu sama2 memikirkannya
umat islam perlu bersatu bagi mengelakkan kita ditindas dan dianggap golongan pengganas
kembalilah dan jadikanlah pimpinan dan akhlak nabi Muhammad dan para sahabat sebagai contoh
renungkanlah...

Sunday, July 10, 2011

kotor 2.0?

orang kita ni memang tak sah kalau tak meniru@mengikut
ada je la yang nak ditiru
kalau yang elok tu mungkin diterima pakai la gak kan
tapi bila meniru tang yang tak elok tu la yang sengsara
bila negara lain buat reformasi pemimpin,demonstarasi sana sini,gaduh,pecah belah
ada yang mati,siap perang lagi
ada pulak sebilangan rakyat kita pun nak buat macam tu
nak gak buat demonstrasi..
bersih katanya,kotor agendanya
mungkin kepimpinan negara ada sikit kelemahan,tapi itu lumrah
mana ada yang sempurna 110%
kalau ada masalah,tak puas hati..
guna lah saluran yang betul
negara kita kan demokrasi
semua ada hak bersuara, tapi jangan la sampai menjejaskan keamanan,keselamatan atau pecah belah
bagi yang katanya menegak agama islam dinegara ni
bukankah islam mementingkan keamanan?
bukankah nabi Muhammad mengutamakan perbincangan
jika menegakkan dan membawa nama islam,jagalah nama baik islam
jangan sampai islam dikaitkan dengan keganasan,rusuhan & lain2
islam itu suci..
kita duduk di negara berbilang bangsa..
jagalah islam dimata agama lain,
jangan lah islam digunakan sebagai politik..
yang peliknya, kaum dan agamanya sama..tapi bila sebut partinya lain,mulalah tak bertegur
ingat lah manusia..
bukankah kita sepatutnya memelihara persaudaraan
kita tiada bezanya..kita tetap manusia..
fikirkanlah..
kita merdeka kerana keamanan,perpaduan dan perjuangan orang terdahulu
jangan siakannya..
ada yang menanti untuk masuk sekiranya negara kita retak
kita Malaysia,negara yang elok
bukannya negara yang berbalah..
renungkan..