Saturday, December 31, 2011

Mampu atau Tidak

yes its nearly a new year.. just a little hour.
tapi dah tercapai ke matlamat aku tahun ni?
aku masih lagi begini.
masih lagi seperti dulu.
masih lagi lemah.
masih lagi lalai.
masih lagi kurang kesedaran diri.
masih lagi kurang ilmu didada.
masih lagi kurang amalan.
masih lagi jahat, nakal, ego.
mungkin sikit je yang berubah.
sikit yang hampir diselaputi oleh kekurangan.
kekurangan yang semakin hari semakin ketara.
bila aku nak sempurna?
wallahualam.. hanya allah yang tahu.
orang selalu cakap bile tahun baru nak azam baru.
aku nak cakap, tahun baru berubah kepada yang baru dan lebih baik.
tingkatkan ilmu, lebihkan ibadah, jadi insan yang cemerlang dunia akhirat.
insyaallah :)
I love my family..

Friday, December 30, 2011

berehat seketika untuk berubah

dah sampai masa aku senyap, menyendiri, lari dari kenyataan
bukan bermaksud aku takut nak hadapi kenyataan
tapi sebab aku dah penat..
kalau penat, solusinye adalah rehat, keluar dari kepenatan
kalau lari bermaksud aku dah putus asa. tapi ini bukan.
aku cuma mahu menyendiri.
mencari silap yang mungkin aku sendiri lakukan.
lumrah insan untuk terlepas pandang masalah yang sendiri dicari.
aku nak hentikan seketika percubaan-percubaan bodoh yang terang-terangan memakan diri.
terang-terangan persekitaranku sudah berubah
kesal? sedih?
apa boleh buat, aku sendiri yang cipta permasalahan.
lalai.lalai.lalai.
masa tak boleh berputar kembali.
itulah yanag paling aku kesalkan.
korbankan masa lagi untuk perbaiki.
tahniah la fiqrun, kau memang pandai.
come on, its nearly a new year.
berubah kepada sesuatu yang baru dan lebih baik.
mungkin agak terlambat tetapi masih belum berakhir.

application mengarut FB

what your name say abaout you..
-fiqrun-
You have a creative mind. Use it to find a new love in you life, and you might get lucky this time. Just let go of whatever happened in your past and start over.
ape mane la app ni bgtau pasal name aku..
aku tau la aku kreatif, tapi tak payah la suruh aku cari new love kan..
huh!

Thursday, December 29, 2011

Saat Genting Pengujian

lagi dua hari nak exam dah ni..
aku pun tak tahu sama ada aku dah sedia ke tak..
insyaallah sudah la.
time ni lah boleh jumpa macam2 ragam orang study.
ada yg study awal pg.
ada yg study start dr ptg.
nak yg lagi pelik, study tengah malam sampai ke pg.
ya allah..tahan nye..
knp la aku xdpt ikut macam diorg tu..
yg aku boleh study kejap, lepas tu tido..
dugaan2..
takpe lah, insyaallah mudah2 an
walau ap pun style kite study
yg pntg ilmu yg kite dpt tu diredhai, mudah2 an..

Saturday, December 17, 2011

terkenang di suatu masa dulu

somehow.. i just remembered that night.. that rose i gave it to you.. thanks for accepting it.

Friday, November 4, 2011

its been a while since i hanging out with her :)
yesterday is so nice. a day with azwa asham
thanks for hanging out with me
the twin is sooooo cute >.<
i like to see them in other time

Thursday, October 13, 2011

terbuku macam buku

Tenung luar tingkap.. ketenangan bumi sintok ni mmg xkn ad dekat shah alam. tiba-tiba teringat shah alam.. kau mungkin vogue dgn kebandaran kau, tapi sini vogue dgn ketenangan kami. kau ad? bandar.maju.bertamadun mungkin. tapi santunkah? ya aku orang kampung, aku memang dah biasa dengan keadaan di sintok ni. kalau aku orang kampung pun kau apa hak? nak berjaya tak mengenal kampung ke, hutan ke, bandar ke, gunung ke. asalkan niat dihati tulus ikhlas tekun mungkin  kau akan berjaya. kami tak dicanang? takpe la, kami bukan nak publisiti pun. 
aku manusia normal je. aku tak sempurna. aku tak kaya. aku tak pandai. aku tak hebat macam anda semua. yes i admit it. tapi sekurang kurangnya aku ada semua nilai yang anda ada. anda kata aku tak sesuai? anda kenal aku berapa lama? anda tau ke sape aku? oh anda memang handal. mak ayah aku je yang kenal aku. 
dah la anda, aku malas nk berceloteh mengarut ni. banyak je yang nak diluahkan. tapi aku malas. spoiler of the day pulak nanti. baik aku belajar lagi elok.

Wednesday, September 28, 2011

mata hati lebih tajam dari mata

baik, akan bermula semula post2 mengarut yang patut diabaikan
cuma aku rasa puas bila menulis, so tulis la kat sini
baik..
mata kita boleh melihat apa yang tersirat
contohnya apa yang realiti berlaku di sekeliling kita
tapi yang tersurat ni kena 100x zoom baru dpt lihat XD
tapi mata hati, boleh lihat banyak benda
cuma tepulang pada kita sama ada perasan ke tak semua tu kan
kadang2 boleh perasan ap yang berubah disekeliling kita
boleh rasa aura negatif sebahagian manusia pada kita
kenapa? sebab hati ini penghubung antara kita dengan allah
segala bermula dari hati, kalau ikhlas kerana allah maka lg kuatlah pandangan mata hati kita
kalau tak, buta lah hati kita

back to the reality.
all around me, i know something have change
but i dont know what have i done
fine, if that what happen to me
but i will treat everything around me same as before
so its up to you 'human' whether to accept it or not
there nothing to being awkward, if you familiar with me
if it still cant be accepted,
fine.
human change from time to time
so i've understand it
aku pun berubah tapi untuk lebih baik
maka terpulanglah~
XD

Friday, September 16, 2011

UITM dihatiku UUM dijiwaku

yes! ni first post aku setelah bergelar pelajar UUM
first of all i wanna say that.... UUM is fantastic!
this is the best and imminent management university.
yes it is. maybe nobody know about it but we as uum student,we know it
okey apa yang menarik tentang uum
1st.pusingan dalam u ni mencecah 12km!
2nd. padang golf
3rd. kolam renang olimpik
4th. go-kart! (ni paling penting sebab ni course ko-k aku )
5th. equestrian
6th. tasik uum
dan banyak lagi yang aku tak ingat mase nk tulis ni haha
back to the facilities.. memang terbaek
dewan kuliah mantap
attendance gune touch n go je haha
lcd,skrin n yg paling penting... cctv dalam dewan kuliah =.="
library besar mcm gaban..
wifi sume tempat ad..wah memang terbaek

hidup kat sini memang la agak sunyi kan sebab duduk kat kawasan yang agak terpencil
tapi kat sini hidup memang menarik (tak tau la knp)
varsity mall tak lupe skali,tempat cari barang haha
anyway,UUM memang best!

Thursday, August 18, 2011

Congrats my friends!

okey hari ini biarlah entry untuk kawan2
congrats to all my friend yang dapat sambung law
and for those who continue for other course,
dont look back, just walk straight with your new path
allah know the best for us
aku dengar ramai je LWA02F yang further law
korang memang hebat la..
sape sangka kelas yang bermasalah dengan lectrur pun hebat2 belaka
bangga aku jd warga kelas F hahaha!
teringat pulak kenangan asasi dulu
macam2 ragam aku dengan korang
stress gak aku dengan korang
bukan sebab apa
sebab korang hebat sangat..
study hebat, bercakap apa lagi.. memang convincing lah, terutama sekali din,aslah,uncle dan lain2
1tahun yang penuh dengan kenangan
lepas ni memang tak la nak lepak sama2 selalu
masing2 dah ke tempat lain2
akan aku rindui kamu semua~
latest aku dengar ada kelas F dapat p menchester
0.0 hebat~
sebenarnya dia memang hebat pun..
geliga,petah berbicara,smart,style n so on lah
congrats alyn sbb dpt further kat sane
aku doakan kawan aku ni berjaya..aminnn
lets meet again in the future
kelas F,korang memang ada kelassss~

Monday, August 1, 2011

jauh lagi lah

once more i am realize that... the time isn't come yet. why? because shes to far away from me. i am just waiting to that time and maybe the real one will be reveal... anyway, happy ramadhan al mubarak >.<

Thursday, July 28, 2011

kalau lah kan..


Kalau masa boleh diputar semula
Banyak yang ingin aku perbetulkan
Kalau masa boleh diputar semula
Aku ingin kembali kezaman kanak-kanak ku
Aku ingin belajar lebih tekun
Aku ingin lebih menghargai ibu bapa ku
Akan ku elakkan segala kesalahan yang aku lakukan
Akan ku bersihkan namaku
Aku ingin melakar semula masa depan ku
Aku ingin memilih dia sebagai teman hidupku selamanya
Akanku bina namaku sebagai aku
Akanku perbaiki segala kelemahanku
Tetapi itu hanya sekiranya masa dapat berputar semula
Kerana hakikatnya itu adalah mustahil
Simpanlah segala hasrat
Teruskanlah hidup dengan apa yang ada
Pandang terus ke hadapan
Jangan dikenang lagi yang lampau
Kerana hanya sejarah yang tinggal
Hidup tak bermakna tanpa cabaran.

Monday, July 25, 2011

laut tu ada macam manusia tak?

orang kata hidup ni macam roda
tapi tak bes la perumpamaan tu
hidup macam lautan, ok x?
kenapa lautan ye? sebab....
lautan lagi bergelora dari roda kot..
kalau roda mesti pusing2 je
kalau tak gerak,tak pusing la dia
tapi kalau laut mesti bergelora 
kalau takde angin pun tetap bergelora (agaknya la)
hidup ni kan banyak sangat dugaan
kejap pasang
kejap surut
kejap cantik
kejap buruk
kejap tenang
kejap ribut
laut pun luas,sama macam dunia ni yang luas
kehidupan yang luas
banyak yang perlu kita selami dan cari
lautan pun ada yang bersih dan ada yang tercemar
sama la macam diri kita ni
sama ada kita ni bersih atau tercemar dengan dosa
ada haiwan marin tinggal bersama
macam diri kita yang ada rakan di sekeliling
laut...macam diri manusia

Thursday, July 21, 2011

subjek sarjana muda undang2 uum

semalam belek2 la COLGIS UUM
tiba2 terpandang yang ni:


 STRUKTUR PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN)
Untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian), seorang pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 154 jam kredit melalui struktur program berikut:
 
Ringkasan Kursus:
A. Teras Universiti 16
B. Teras Program 135
C. Elektif Bebas 3
Jumlah 154
 
A. Teras Universiti (16 Jam Kredit)
BPME1013 Asas Keusahawanan 3
SADN1013 Tamadun Islam & Asia 3
SADN1043 Hubungan Etnik 3
SBLE2103 Process Writing 3
Kokurikulum* 4
*Pilih satu (1) bidang kokurikulum yang diminati dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan bagi setiap bidang tersebut (kecuali PALAPES dan KOR POLIS SUKSIS 6 jam kredit)
 
B. Teras Program (135 Jam Kredit)
Kursus Pengurusan dan Teknologi Maklumat (9 Jam Kredit)
BPMN1013 Pengantar Pengurusan 3
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan 3
BKAL1013 Perakaunan Perniagaan 3
 
Kursus Undang-Undang (122 Jam Kredit)
GLUP1014 Sistem Perundangan Malaysia 4
GLUP1024 Undang-undang Kontrak I 4
GLUP1034 Undang-undang Kontrak II 4
GLUP1044 Skil Perundangan dan Kaedah Penyelidikan 4
GLUP1054 Pengenalan Undang-undang Islam 4
GLUP2014 Undang-undang Perlembagaan & Pentadbiran I 4
GLUP2024 Undang-undang Perlembagaan & Pentadbiran II 4
GLUP2034 Undang-undang Tort I 4
GLUP2044 Undang-undang Tort II 4
GLUP2054 Undang-undang Jenayah dan Prosedur I 4
GLUP2064 Undang-undang Jenayah dan Prosedur II 4
GLUP3014 Undang-undang Jenayah dan Prosedur III 4
GLUP3024 Undang-undang Tanah I 4
GLUP3034 Undang-undang Tanah II 4
GLUP3044 Undang-undang Keadilan, Amanah & Pentadbiran Harta Pusaka I 4
GLUP3054 Undang-undang Keadilan, Amanah & Pentadbiran Harta Pusaka II 4
GLUP3064 Undang-undang Syarikat & Tadbir Urus Korporat I 4
GLUP3074 Undang-undang Syarikat & Tadbir Urus Korporat II 4
GLUP3084 Undang-undang Kekeluargaan 4
GLUP3094 Undang-undang Antarabangsa 4
GLUP4014 Prosedur Sivil I 4
GLUP4024 Prosedur Sivil II 4
GLUP4034 Undang-undang Keterangan I 4
GLUP4044 Undang-undang Keterangan II 4
GLUP4054 Amalan Profesional I 4
GLUP4064 Amalan Profesional II 4
GLUP4074 Jurisprudens 4
GLUP4084 Undang-Undang Perbankan & Industri Sekuriti 4
GLUP4094 Skil Advokasi & Penulisan PendapatUndang-undang 4
GLUX3012 Praktikum I 2
GLUX4014 Praktikum II 4
 
Kursus Elektif Program (4 Jam Kredit)
Pelajar dikehendaki memilih satu kursus dari senarai berikut:-
GLUE3014 Undang-undang Transaksi Perniagaan 4
GLUE3024 Undang-undang Insurans 4
GLUE3034 Undang-undang Perbankan Islam 4
GLUE3044 Undang-undang Pekerjaan dan Perhubungan Perindustrian 4
GLUE3054 Undang-undang Alam Sekitar 4
GLUE3064 Undang-undang Pengangkutan Barangan Antarabangsa dan Domestik 4
GLUE3074 Pertelingkahan Undang-undang 4
GLUE3084 Undang-undang Hasil 4
GLUE3094 Undang-undang Harta Intelek 4
GLUE3104 Undang-undang Teknologi Maklumat & Siber 4
 
C. Elektif Bebas (3 Jam Kredit)
Pelajar-pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang ditawarkan oleh program pengajian lain di kolej yang sama atau kursus di kolej lain dengan mengambilkira perkara berikut:-
a. Perlu memenuhi pra-syarat kursus jika kursus tersebut memerlukan pra-syarat.
b. Kursus-kursus setara tidak boleh dijadikan elektif bebas.

p/s: nombor 3 dan 4 pada akhir setiap subjek adalah kredit hour kita

wah terbaek la UUM!
ini yang aku tengok,maaf kalau salah atau dah dipinda :D
mari kejar ijazah kita ye ! >.<

Monday, July 11, 2011

7 fahaman islam

satu masalah yang masih ketara dalam islam..
berlaku pepecahan antara kita.
memang sudah lama perkara ini terjadi
apa masalahnya?
fahaman yang berlainan antara umat islam.


Akhli Sunnah Waljamaah
Golongan orang Islam yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan amalan) yang dibawa oleh rasullullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya. Fahaman ini juga dijadikan penggangan para sahabat rasullullah ( Al-hadith, ajmak para sahabat, dan Al-khias). Fahaman ini dapat menjernihkan Akhidah umat Islam daripada berbagai-bagai fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Fahaman Syiah
Golongan yang menganggap Saidinah Ali Radhiallahhuan dan keturunannya yang lain sebagai pengganti Rasullullah sebagai Imam (Pemimpin) yang maksum bagi umat islam. Dan golongan ini tidak mengakui khalifah yang lain sebagai pemimpin. Dan golongan ini di anggap terpesong dari landasan agama Islam. Dan golongan ini ramai berada di Asia Barat.

Fahaman Muktazilah
Golongan yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau di kenali dengan ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka percaya kepada keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat. (Terlalu taksub kepada logik akal sehingga segala perbuatan manusia di tentukan oleh akal fikiran dan membelakangi kudrat dan irodah Allah Taala).
Fahaman Khodariah
Golongan  yang  mengikut fahaman Muktazilah yang berfahaman bahawa manusia mempunyai kuasa yang tersendiri dan dapat menentukan segala perbuatannya sama ada baik ataupun buruk. Allah Taala tidak ada kena-mengena dengan perbuatan manusia dan hanya mengetahui setelah perbuatan itu dilakukan oleh manusia. Menganggap perbuatan manusia  memberi kesan.
Fahaman Jabariah
Golongan yang berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha. Segala-galanya berlaku dan di jadikan oleh Allah Taala, baik dan buruk adalah ketentuan Allah Taala semata-mata.
Fahaman Wahabiat
Golongan yang berpengang pada Al-Quran dan hadith rasullullah  S.A.W serta menolak bidaah termasuk bidaah hassanah dan menganggap semua bidaah adalah sesat. Golongan  ini melarang penganutnya menziarahi makam rasullullah. Melarang penganutnya mempelajari sifat dua puluh Allah Taala.

Di atas ialah 7  fahaman yang terdapat di dalam agama Islam dan di antara semua fahaman di atas hanya satu sahaja fahaman yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar iaitu Akhli Sunnah Waljamaah.

Artikel ini telah di rujuk oleh sidang pengarang sinar jimiyat sdn bhd dan telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
dipinjam dari http://ohislam.com/7-fahaman-yang-terdapat-di-dalam-agama-islam/

lihatlah..
mungkin inilah punca perpecahan dalam islam
fahaman yang berlainan menyukarkan umat islam untuk bersatu
bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
kita perlu sama2 memikirkannya
umat islam perlu bersatu bagi mengelakkan kita ditindas dan dianggap golongan pengganas
kembalilah dan jadikanlah pimpinan dan akhlak nabi Muhammad dan para sahabat sebagai contoh
renungkanlah...

Sunday, July 10, 2011

kotor 2.0?

orang kita ni memang tak sah kalau tak meniru@mengikut
ada je la yang nak ditiru
kalau yang elok tu mungkin diterima pakai la gak kan
tapi bila meniru tang yang tak elok tu la yang sengsara
bila negara lain buat reformasi pemimpin,demonstarasi sana sini,gaduh,pecah belah
ada yang mati,siap perang lagi
ada pulak sebilangan rakyat kita pun nak buat macam tu
nak gak buat demonstrasi..
bersih katanya,kotor agendanya
mungkin kepimpinan negara ada sikit kelemahan,tapi itu lumrah
mana ada yang sempurna 110%
kalau ada masalah,tak puas hati..
guna lah saluran yang betul
negara kita kan demokrasi
semua ada hak bersuara, tapi jangan la sampai menjejaskan keamanan,keselamatan atau pecah belah
bagi yang katanya menegak agama islam dinegara ni
bukankah islam mementingkan keamanan?
bukankah nabi Muhammad mengutamakan perbincangan
jika menegakkan dan membawa nama islam,jagalah nama baik islam
jangan sampai islam dikaitkan dengan keganasan,rusuhan & lain2
islam itu suci..
kita duduk di negara berbilang bangsa..
jagalah islam dimata agama lain,
jangan lah islam digunakan sebagai politik..
yang peliknya, kaum dan agamanya sama..tapi bila sebut partinya lain,mulalah tak bertegur
ingat lah manusia..
bukankah kita sepatutnya memelihara persaudaraan
kita tiada bezanya..kita tetap manusia..
fikirkanlah..
kita merdeka kerana keamanan,perpaduan dan perjuangan orang terdahulu
jangan siakannya..
ada yang menanti untuk masuk sekiranya negara kita retak
kita Malaysia,negara yang elok
bukannya negara yang berbalah..
renungkan..

Saturday, June 25, 2011

hospital pakar puteri

ini kisah orang2 sakit
bila sakit terpaksa la ke hospital
aku sebagai adik pun melawat la
aku fikir hospital ni biase je la kan
*memang biase pun*
tapi..
yang paling bes dapat halwa mata haha
gilo gatal aku ni
takde la,dah nurse tu datang 2,3x tengok abang aku
aku pun pandang je la diorang kan
*cun jugak* :PP
haha cume satu je la
nurse ni garang
cantik tapi garang
ish3...
patut la orang takut dengan nurse
okey bukan pakcik trafik tu ye
nurse baju biru tu
semoga berjumpa lagi ye hospital pakar puteri..

Tuesday, June 21, 2011

JOHOR duniaku

yep memang aku anak jati johor
kenapa? cemburu ke?
haha dalam 2minggu ni je aku dah 3x ke johor
urusan kerja la katakan haha
perasan lebih aku ni
takde lah,
aku jadi kuli je ke johor
driver makayah aku
1st ke johor aku jd driver n tolong kemas rumah abang aku pindah
penat der...
turunkan barang dari tingkat5 ke bawah
boleh patah kaki aku..
next 2nd time ke johor hari sabtu lepas
aku jadi co-pilot akak aku ke jemputan kahwin
singgah rumah abang aku la gak
this 3rd time aku ke johor semalam n aku masih disini haha
abang aku demam denggi la pulak..
kesian dia..
ada je dugaan..
allah nak uji hamba dia kan
:)
tak pe lah..insyaallah nanti kau sembuh la bang
kak ikin pun dah dapat pindah johor,lagi senang nanti
syira semestinya rapat dengan aku
tak nak berenggang haha
sayang anak2 sdare aku >.<

Thursday, June 16, 2011

mana kau bulan?

bulan,bulan,bulan..
cantik kan bulan, walaupun takde cahaya tapi masih cantik
walaupun gerhana tetap cantik jugak
boleh ke kita sampai ke bulan?
boleh kot,
tapi kes nak dapatkan bulan,
senang ke nak cari?
ni bukan cakap bulan yang ni tau:
tapi ni cerita pasal bulan yang ni:
ha bulan yang macam ni la haha
susahnya nak cari kan..
kalau la bulan tu muncul dekat aku
alangkah bersyukurnya..
tapi diakui memang mana ada manusia yang sempurna
dan biasanya kita tak dapat sepenuhnya macam apa yang kita nak
doa dan usaha lah
mereka yang baik untuk orang yang baik?
cukup baikkah aku?
dan diciptakan untuk saling menyempurnakan

mengarut la pulak post aku ni haha
sorry...

Tuesday, May 31, 2011

people

people will remember your name,
but then they forget it,
people will remember what you do,
but then they forget it,
people will take your word,
but then they will forget it,
when there people come to you,
some will go from you,
its the living process,
even you have same skin colours,
your heart will never be the same,
its hard to satisfy what people want,
even you did nothing wrong,
people will irritate to see you,
although you do a piece of mistake,
people will grudge on you,
some people just annoy you,
but some people pleased you,
then come love between people,
some killing but some fantastic,
its better to search the eternal love,
love the creator,Allah
and the prophet,Muhammad
you can look people from their style,
but you cant just simply judge them,
you dont have that right,
people...
just be yourself
sometimes you will be happy,sad,lonely
but knows that He always be with you

Monday, May 16, 2011

ada pepatah melayu cakap..
kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..
yes it is!
tapi kenapa kita mesti menilai dari segi rosaknya
kan lebih elok kita nilai dari segi berapa banyak susu dalamnya
menilai manusia bukan dari segi keburukan mereka
tetapi dari segi kebaikan mereka
aku dinilai dari sedikit kesilapan aku..
tapi takpe lah..aku akur dengan nilaian kamu
cakap lah apa kamu nak cakap,nilai lah apa kamu nak nilai
gelar lah dengan apa segala gelaran yang kamu mahu
aku tetap aku
hak kamu untuk menilai
but my sister said..
it not our right to measure other people..
kau cakap aku jahat?
kau cakap aku playboy?
kau cakap aku penipu?
kau cakap aku sombong?
kau cakap aku berlagak?
kata lah apa kau mahu
tapi aku tetap aku dan cuma aku tahu diri aku
sikit je silap aku buat dulu,tapi dinilai sebegitu buruk
tidakkah manusia boleh berubah?
kebaikan boleh jadi kejahatan
dan kejahatan boleh jadi kebaikan
tunggulah..
the truth will be reveal someday
cuma aku sedih dengan tuduhan yang tak masuk akal
nilailah manusia dari susunya,bukan nilanya
atau...biarlah allah sahaja yang menilainya...

Friday, May 6, 2011

aku fobia?

Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri
Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta
Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima
Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta
Denyutan jantung aku tergendala 

p/s:ciplak lagu nashrin haha >.<

Tuesday, May 3, 2011

kawan atau sahabat

nak jadi kawan memang senang..
tapi sahabat bukan main petik jari je..
10tahun kenal tak bererti dia sahabat..
kawan ni mudah je nak jadi..
aku kenal kau 10saat pun dah boleh jadi kawan
tapi sahabat..
10x kawan baru jadi sahabat..
sahabat takkan lari dari kawan sendiri
akan bantu dan minta bantuan
sahabat takkan lupa kawan
kecuali dia dilupakan..
jadi adakan anda hanya sekadar kawan,atau shabat?

Monday, May 2, 2011

Kenapa kebanyakan lelaki suka guna kekerasan bila bergaduh?
Senang sangat nak bergaduh, bertumbuk..
Apa la sangat dapat bila bertumbuk?
Dapat sakit, luka, darah ada la.. lepas tu kena dakwa sebab bergaduh..
Otak di buku lima betul..
Dah la sakit tu sekejap je..
Tak rasa ape sangat..
Cuba la jadi lebih bijak sikit,
Gunakan akal dan fikiran untuk bergaduh
Berhujah ke, berdebat ke, ber...berpsiko ke
Kan lagi mendalam sakitnya haha
Baru lah kita boleh katakan dia hebat
Gunakan akal dan fikiran instead of kekerasan
Barulah anda seorang yang bijak..
*xd idea nk sambung lagi,mood terbang lah*

journey to the west?? gila kau fiqrun

tarikh : tak ingat,30april kot
lokasi : malaysia lah
motif : entah la..saje2 kot

7.15 pagi – sampai ke rumah along untuk tukar kereta..”kau ni pehal lambat,cakap kol7 ni dah 7 suku,aku nk keje ni,lambat” ceh awal-awal pagi dah kena sound =.=
7.30 pagi – fast n furious versi malaysia! >.<
9.00 pagi – tepat aku sampai haha..sarul call “aku sesat,tunggu aku” =..= ceruk mana kau pergi wahai sarul...
9.45 pagi – bermula sesi membosankan..menuggu giliran ditemuduga..88? owh man..nombor yang cukup cantik lagi menawan..nasib la ramai kawan aku..tak de la bosan aku nak tunggu giliran..berjam-jam menuggu ni....
12.45 (kot la,aku xingat sangat) – turn kami,yes! Soalan pown mengarut je..betul ke ni temuduga untuk law? Tak de soalan law pown.. ah lantak la..bedal saje cakap,janji dia faham apa aku cakap hehe
1.20 petang – “jom cyberjaya” .. ”jauh tak?” .. ”jauh gak la..” .. ”tak kesah la,jom aku follow kau”
Bermula la perjalanan sesat yang aku pun tak tau kemana sarul nak bawa aku..kau ni waras tak sarul..kata cyberjaya,tapi dah lepas ni..kau nak jual aku ke ni???
3.15 petang – damn..dia bawa aku ke shah alam rupanya haha..hampeh kau sarul,tak cakap awal-awal
Melepak sebentar bersama rumate tersayang
5.45 petang – perjalanan pulang yang sungguh ‘menarik’..jem nak mati! Rase nak mati aku drive slow gila..benci betul aku dengan jem..buat aku mengantuk je..nasib aku tak tido dalam kereta tu..kenapa la semua orang nak naik kereta..naik la flight,k nada e-ticketing..*bru kena soal ng soalan tu*..bertapa lah aku dalam kereta berjam-jam..nasib ada roti,boleh la gak aku makan haha
9.00 malam – setelah tukar kereta dan segala bagai semua..rumah jua menanti aku..Perjalanan yang lambat 1jam setengah..sabar je lah..PLUS kena buat highway atas angin la..nak elakkan jem kn..

Monday, April 25, 2011

Luaran Tak Mencorakkan Dalaman

Kenapa manusia selalu sangat befikiran negatif?
Selalu sangat cepat buat konklusi tentang diri orang lain,
Bila nampak lelaki dikelilingi ramai perempuan dikatanya playboy
Bila orang tak tegur, dikatanya sombong
Bila buat silap sikit dikatanya nakal,jahat..
Don’t judge the book by it cover
Kita diberi akal untuk berfikir,
Apa salahnya gunakan akal untuk menilai orang lain,
Bukan semua lelaki yang dikelilingi perempuan itu playboy,
Mungkin itu rakan rapat dia,
Bukan semua orang yang tak tegur tu sombong,
Dah kalau baru je berjumpa, takkan nak terhegeh-hegeh,
Slow-slow la kalau nak kenal pun,
Bukan semua yang buat silap tu orang jahat,
Manusia kan boleh berubah, alangkan saidina umar pun boleh berubah dari begis ke lemah lembut,
Kita ni tahu kondem orang je kan,
Cuba la kita selami hati orang yang kita buat macam tu,
Tak pun kita jadi mangsa , agaknya macamana perasaan kita?
Jangan persoalkan aku, sebab aku dah selalu kena,
Tapi bagi aku biar lah, mulut orang memang macam tu
Tapi aku tak nak la orang selalu sangat berfikiran negatif
Berfikiran negatif ni sama je dengan bersangka buruk,
Bukankah berdosa untuk bersangka buruk tentang orang lain,
Cuba positifkan fikiran, positifkan pandangan dan nilai terhadap orang lain
Kita ada akal yang boleh berfikir,
Apa gunanya anugerah kalau tak digunakan dengan sebaiknya,
Positifkan fikiran anda, selami hati budi orang tu dulu
Bila dah kenal, dah faham, dah selesa
Baru lah nilai diri dia, sama ada begitu atau begini
‘luaran tak mencorakkan dalaman’