Thursday, July 28, 2011

kalau lah kan..


Kalau masa boleh diputar semula
Banyak yang ingin aku perbetulkan
Kalau masa boleh diputar semula
Aku ingin kembali kezaman kanak-kanak ku
Aku ingin belajar lebih tekun
Aku ingin lebih menghargai ibu bapa ku
Akan ku elakkan segala kesalahan yang aku lakukan
Akan ku bersihkan namaku
Aku ingin melakar semula masa depan ku
Aku ingin memilih dia sebagai teman hidupku selamanya
Akanku bina namaku sebagai aku
Akanku perbaiki segala kelemahanku
Tetapi itu hanya sekiranya masa dapat berputar semula
Kerana hakikatnya itu adalah mustahil
Simpanlah segala hasrat
Teruskanlah hidup dengan apa yang ada
Pandang terus ke hadapan
Jangan dikenang lagi yang lampau
Kerana hanya sejarah yang tinggal
Hidup tak bermakna tanpa cabaran.

No comments:

Post a Comment