Monday, March 28, 2011

Jika itu takdirnya

“Dialah permata yang dicari,
selama ini baru kutemui,
tapi ku tak pasti rencana ilahi,
apakah dia akan ku miliki,
tidak sekali dinodai nafsu,
akan kubatasu dengan syariatmu,
jika dirinya bukan untukku,
redha hatiku dengan ketentuanMu..”
Ini sebahagian lirik yang kuterima dari rakanku selepas kami berdiskusi..
Cuba hayati lirik tersebut..
‘permata’ berarti teman atau pasangan kita..
Mungkin kita telah lama mencarinya..
Dan kita baru sahaja menemuinya..
Tetapi adakah kita pasti dia adalah teman atau pasangan kita?
Ini semua telah ditakdirkan..
Siapa jua pasangan kita,telah ditentukan sejak azali lagi..
Jadi sekiranya kita tidak bersamanya..
Itu bermakna dia bukan orangnya..
Jangan gusar kerana dia pasti muncul dicelah umat manusia..
Tetapi..
Banteng nafsumu perlu sekuat tembok Iskandar..
Syariat Allah perlu diaplikasikan sebagai benteng..
Kawal nafsu serakahmu selagi kamu belum sah diijab kabulkan..
Hubungan yang bersih..
Akan diredhai Allah..
Insyaallah...
“jika dia orangnya,dekatkan padaku..
Jika bukan dia orangnya,jauhkan dariku”

No comments:

Post a Comment