Thursday, March 31, 2011

ingat mati

Hari ini aku dapat melihat awan biru,
Esok masih dapatkah aku melihat..
Hari ini aku mendengar kicauan mergastua,
Esok masih dapatkah aku mendengar..
Hari ini aku dapat menyentuh butiran pasir yang memutih,
Esok masih dapatkah aku menyentuh..
Hari ini masih dapat ku meneguk secawan susu,
Esok masih dapatkah aku meneguknya..
Hari ini aku melihat awan terbentang luas,
Adakah esok masih ada lagi..
Pernahkah kau berfikir tentang mati wahai manusia yang kerdil?
Tahukah kau bila kau akan mati wahai manusia yang lalai?
Tahukah kau bagaimana hebatnya sakaratul maut?
Kita tidak memikirkannya..
Kita tidak mengingatinya..
Kita tidak menghayatinya..
Kita lalai dalam arus permodenan neraka,
Terbawa dengan nasihat si laknat,
Terlupa yang 5 dan perintahNya..
Ingatlah manusia,
Maut akan menjelang bila-bila masa..
Mungkin esok,malam ini atau mungkin sesaat selepas ini,
Jadi manusia,ingatlah kematian..
Jadikan ia pembakar semangat untuk menambah pointer syurga,
Bukan untuk mengecutkan perut kau..
Masih belum terlambat untuk berubah..

No comments:

Post a Comment