Saturday, April 2, 2011

Bulan wa Bintang

Cuba lihat bintang malam-malam,
Lihat bulan,
Cantik tak?
Mesti lah cantik,ciptaan allah..
Ibaratkan salah satu bintang tu adalah anda,
Dikelilingi oleh bintang yang lain,
Tetapi kenapa masih bercahaya dan kita dapat lihat?
Walaupun bintang yang lain juga menyinar...
Sebab kebolehan diri sendiri,
Kita sebenarnya ada kebolehan diri sendiri yang orang lain mungkin tak ada,
Cuma kita yang kadang-kadang tak sedar,
Sibuk nak jadi macam orang lain,
Kenapa?
Sebab dia cantik,pandai,hebat,macho,hensem..
Come on lah,
Kita juga istimewa,ada kelebihan diri sendiri..
Kita cantik,kita pandai,kita hebat,kita macho,
Cuba yakin pada diri dan serlahkan bakat anda,
Anda akan Berjaya kelak..
Dan ibaratkan pula diri anda bulan..
Walaupun tak istimewa sebab tak ada cahaya,
Tetapi bulan membantu memantulkan cahaya matahari untuk menerangi malam..
Samalah macam kita dalam satu komuniti,
Walaupun tak dipandang orang,
Tak istimewa,
Tetapi jika hati kita murni,nak membantu orang lain dengan ikhlas,
Orang akan kenal kita,
Jadikan bulan dan bintang sebagai salah satu inspirasi hidup anda..


No comments:

Post a Comment