Thursday, April 14, 2011

Algojo

Bila Kekalutan mula menular ke dalam sanubari ini
Sesungguhnya ada 73 pintu yang membawa kepada 73 jalan
Yang mana satu perlu ku masuki?
Kerana hanya satu jalan sebenar-benar yang benar
Beribu ribu kepalsuan bermain di anak mata
Adakah aku kan terpesona jua?
aku hanya tinggal tujuh nafas sahaja lagi
Wahai sang algojo,nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Cuba lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu perluku pilih
Dalam kalut ada peraturan
Tetapi peraturan ini yang mencipta kekalutan
Walau Dimana jua ku berdiri
Akhirnya terserlah jua jalan itu
Satu jalan menghala ke mahligai
Dengan satu kata kunci yang perlu kulafazkan
Berbekalkan satu buku di kanan dan kiri
Dengan iman yang teguh menempuh ranjau
Tatkala tingkahlaku ku memenuhi syariat
Wahai sang algojo,aku telah bersedia
Laksanakanlah tugas hakikimu
Aku ingin bertemuNya di sana

No comments:

Post a Comment