Saturday, April 2, 2011

rumitnya hidup

Kenapa hidup ini rumit?
Setiap kehidupan mesti rumit dan penuh masalah,
Kenapa?
Jawapan dia senang je,dugaan..
Tu jawapan bodoh-bodoh la..
Tapi kalau jawapan yang rumit,
Sebab pertama,hidup tak bermakna kalau tak rumit,
Apa makna hidup kalau setiap hari berlaku aksi yang sama,
Tak ada cabaran,
Memori kita tetap sama setiap hari,
Hari ini,semalam,kelmarin dan akan datang..
Sama sahaja..tiada cabaran..
Minda tak bercambah..
Sebab kedua,pengalaman,
Bila kerumitan tu datang,
Kita pun cuba lah selesaikan,
Cubalah nak berubah,
Cubalah nak permudahkan kehidupan..
Setiap percubaan kita tu adalah pengalaman baru bagi kita,
Lagi banyak pengalaman,lagi luas daya pemikiran kita..
Sebab ketiga,ini adalah ujian mental bagi kita..
Bila kehidupan sukar dan rumit,
Mental kita akan penat dan pening,
Ada yang tewas dengan ujian ni,
Ada juga yang sesat dalam ujian ni,
Sebab ni adalah ujian paling kuat sekali,
Menguji kesabaran,kewarasan minda,penggunaan akal fikiran..
Sebab keempat,menguji tahap keimanan..
Bagi umat islam, kerumitan hidup adalah ijian dariNya
Dia nak menguji tahap keimanan kita,
Sama ada kita ingat Dia,minta bantuan Dia atau tidak,
Setiap masalah dalam hidup adalah tanda Allah sayangkan kita,
Dia tak mahu kita sesat dan lupakan dia,
Dia nak kita sedar bahawa kita adalah hambanya,
Ingatlah bahawa..
Kehidupan para nabi penuh dengan liku-liku,masalah,ujian,penantangan dan sebagainya..
Jadikan mereka sebagai inspirasi.
Menjawab soalan kan dik??
(0_0)

No comments:

Post a Comment