Thursday, April 7, 2011

Puzzle Yang Hilang

Memang diakui aku kehilangan mereka,, hampir setahun lebih aku telah kehilangan mereka,, manusia ini senang lalai kan,, selalu kufur nikmat,, dulu masa aku ada mereka, aku sia-siakan,, aku tak bersyukur,, sekarang lepas aku habis sekolah, baru aku sedar yang aku kehilangan mereka,, mujurlah didikan dan nasihat mereka masih tersemat dikalbu,terngiang-ngiang di minda,, itulah yang menjadi perisai dan dinding semasa aku melaksanakan ibadah tuntutan ilmu di asasi,, terkadang aku lalai juga, tetapi itu lumrah, aku bukan manusia yang sempurna,, mujur aku belum hanyut dimamah kemaksiatan, kerana nasihat mereka yang masih diingati,, aku rindu mereka,aku rindu leteran mereka, aku rindu nasihat mereka, aku rindu usrah mereka, aku rindu ceramah mereka,, ‘ustaz azmi,ustaz rad, quran sunnah, syariah, bahasa arab’ ,, aku rindu semua itu.. terasa hatiku kehilangan sesuatu selepas aku habis belajar di sekolah,, aku kehilangan cikgu yang betul-betul mengambil berat hal ehwal pelajarnya,, aku masih tak menjumpai pengganti ustaz azmi di UITM,, itulah sebab aku berharap permohonan aku untuk melanjutkan pelajaranku di UIA diterima,, berharap ada seseorang yang dapat memberiku nasihat dan ceramah di sana,, aku telah berusaha untuk 2nd sem aku,, terserah pada tawakal padaNya,, aku mahu mencari semula puzzle itu,, puzzle yang hilang dari hatiku,, mujur ada kawan yang dapat mengisi sebahagian kekosongan ini,, kawan yang dapat bertukar nasihat berguna, bertukar pandangan berguna, bertukar pendapat berguna,, terima kasih kawan.. sebahagian lagi, akan kucari sehingga aku temukan,, pasti ada pengganti, kerana Allah tahu niat hambanya ini,, mencari sinar agar tidak hilang dimamah kekufuran duniawi,, untuk terus berada dijalan yang lurus,, jalan yang diredhaiNya,,untuk mengintai 7 pintu ganjaran kebaikan..

No comments:

Post a Comment